Sunday, June 27, 2010

Makan Malam Di Kuching Sarawak

27 Jun 2010 - Jalan Jalan Cari Makan untuk Makan Malam

Sirloin Steak, Yong Tau Foo, Laksa Sarawak

Huuuu..Kesempatan ada masa di Bandaraya Kuching sarawak, aku tidak melepaskan peluang dengan melakukan aktiviti, Jalan Jalan cari makan di sekitar bandaraya Kuching sarawak ini. Bandaraya yang terkenal pelbagai makan dan juga pelbagai tradisi ini. Pada malam ini, aku menjalankan aktiviti mencari makan, tempat yang aku terjah adalah Food Court The Spring. Aku mencuba makanan Sarawak, iaitu laksa sarawak. Ermm rasanya sangat menarik dan juga ia jauh berbeza dengan laksa penang, yang terlalu familiar dengan aku. Selama aku bekerja di sarawak, ini kali pertama aku makan laksa sarawak. Sungguh sedap, tapi kurang pedas la. Banyak betul rasa rempah dan aromanya. Huh, kepada yang belum makan laksa sarwak, aku menjcadangkan supaya mencuba laksa sarwak ni. Memang sedap..Tak rugi kalau merasanya. esok aku nak memperkenalkan pula buah esotik jugalah, kerana buah ini aku tak pernah lihat lagi, selama hidup aku di dunia ini, dan buah yang aku tak pernah dengar namanya..Tunggu yek post esok...Mari kita berkongsi..

Kejohanan MAKSAK Sarawak 2010 - Hari Kedua

Hari Kedua
Hari ini merupakan hari yang aku nantikan, dan bagi aku sendiri, aku berjanji untuk melakukan dan bermain yang terbaik untuk mencapai kemenangan. Kalau kemenagan yang dicapai pada malam ini, ini bermaksud peluang untuk menjadi juara kumpulan adalah sangat cerah sekali. 27 Jun 2010 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan tertutup SESCO Kuching Sarawak. Perlawan pada hari ini kami akan bertemu dengan pasukan PSKPP (Persatuan sukan perguruan kot tak silap aku la), apa yang aku cakap sebelum ini, mengatakan pasukan ini kuat kerana mereka mempunyai pemain yang lengkap terdiri dari ramai spiker yang boleh membunuh, setter yang kemas dan juga bahagian received ball yang peka terhadap bola. Agak mencabar bagi aku kerana, mengikut perkiraan pemain pasukan aku, agak terlalu jauh bezanya. Aku harus terima kekurangan yang kami ada dan aku cuba menampung kekeurangan yang ada, kalau boleh, kalau ada kemampuan. Sudah diduga dan sudah dijangka, keputusan perlawan tidak memihak kepada pasukan kami, dimana kami kalah dengan perlawanan penetuan. Medical 1 - 2 PSKPP ( 23-25,25-17,8-15). Ermm, agak kecewa jugaklah, tapi takpa, selepas ini aku harap setiap pemain dalam pasukan aku dapat tonjolkan status permainan yang lebih baik. dengan kekalahan ini, bermakna perlawanan yang berbaki lagi dua, perlu kami menang semua perlawan, untuk melayakkan kami berjuang di separuh akhir. Aku harap kemenangan memihak kepada pasukan aku pada perlawan seterusnya. Untuk perlawan seterusnya, aku tak dapat bermain, ini kerana aku terpaksa balik Miri untuk menjalankan tugas..Harap sahabat aku yang lain dapat berjuang untuk kemenangan..JAngan putus asa..

"Sebelum kuku tercalar, jiwa parah, jangan kau gugurkana air mata"

Terima kasih AMbross, RAmzi, Sulaiman kerana sanggup kena marah ngan aku..heheheh biasalah kan..

Kejohanan MAKSAK Sarawak 2010 - Hari Pertama

Hari Pertama - 26 Jun 2010
Ini adalah perlawanan pertama bagi Team Medical, dimana kami akan berlawan dengan pasukan PUSTAKA (aku tak tahu apa maksud sebenar PUSTAKA).  Perlawan berlangsung di Dewan Tertutup SESCO. Masa perlawnan ini adalah 9.00 malam. Hari ini juga aku baru sampai di Kuching..huhuhu, agak penant juga mahu mengumpulakan kudrat yang ada untuk melakukan dan memberi persembahan permainan yang baik pada perlawanan malam ni. Pada mulanya aku menganggap pemain untuk pasukan Medical ini mempunyai pemain yang mempunyai skill untuk membunu atau spike amhupun received ball, namun apabila tiba digelanggang, aku berasa hampa dengan permainan yang ditunjukkan mereka. Aku pun tak faham, mungkin mereka malu bermain ataupun terlalu teruja untuk bermain, nasiblah member yang aku kenal Ramzi n Ambross ada, kalau diorg tak da, aku rasa memang terkial kial aku sorang untuk berlawan. Pemain yang lain, aku menggangap masih dalah tempoh belajar, ini kerana aku melihat cara permainan yang mereka tunjukkan agak ham, ini kera mereka terlalu kaku dan juga banyak kesilapan sendiri dalam permainan yang mereka sendiri buat, ini membolehkan pihak lawan mendapat mata. Namun hasil usaha kami semua satu kumpulan, berjaya menewaskan pasukan PUSTAKA dengan keputusan Medical 2 - 0 PUSTAKA ( 25-20, 25-21). Alhamdulilah, berjaya juga kami. Perjuangan kami bermula esok, ini kerana esok merupakan pasukan pilihan bagi Group kami, so apa yang penting aku mahukan pemain lain belajar dari kesilapan yang dilakukan dalam game yang pertama. Hopefully esok datang tuah kepada kami. Doakan kami semua ya.

Friday, June 25, 2010

Medical Club Miri Sarawak

Perjalanan seseorang boleh dirancang, dan yang dirancang itu masih tidak tahu apa akan terjadi. Perjalanan yang penuh dengan pelbagi dugaan belum tentu dapat disambut dan belum tentu dapat didukung. Jatuh dan bangun, mestilah dengan kekuatan dan kudrat yang datang dari hati yang cekal. Mengorak langkah, mendabik dada lumrah dalam harmoni kehidupan, warna warni kehidupan. Tak perlulah mengampu apa yang hendak dibuat, tetapi percayalah dan keluarkan lah apa yang ada untuk mendapat keampuan. Sasaran tak semestinya diperolehi, tetapi kepuasan dalam mengejar sasaran yang dinikmati. Masa bersilih hari, yang ada mesti dihormati yang tiada haruslah dikenangi.
Malam ni genap lah dua org Ahli Jawatankuasa Medical Club Miri Sarawak, meninggalkan bangku jawatan. Mulanya Pengerusi, sekarang ini diikuti Setiausaha, belum sempat aku mengenali hati budi, belum sempat aku nak kenang jasa. Sungguh lumayan sumbangan jasa yang diberikan kepadaku, senugguh tak terkira budi yang dilimpahkan kepadaku. Kepercayaan yang diberikan kepadaku, dan amanah yang digalas sekarang, akan aku cuba laksanakan. Kepercayaan yang diberikan kepada orang bukan orang Miri, mahupun Sarawak, tetap aku bersyukur. Aku tak hebat dan aku tak kuat, namun apa yang aku ada dan mampu, aku akan cuba untuk berkongsi kepada semua..Terima kasih kepada AJK Medical Club Miri Sarawak, kerana percayakan aku untuk bernaung sebagai AJK..

Maksak Sarawak di Kuching

Perlawan seterusnya yang akan aku sertai adalah di Kuching Sarawak. Pertandingan MAKSAK peringakt sarawak..huhuuhu..tarikh pertandingan 26 Jun hingga 4 Julai..agak lama..terdapat dua kumpulan, diaman setiap kummpulan terdapat 5 team..huhuhu..aku harap team aku dah prepared, ini kerana aku tak berlatih bersama mereka,..team aku semua kat kuching, aku ja kat Miri, so,\ nanti aku g sana just guna skill sendiri la..hahhaha..terbaik punye..harap aku dapat ranking yang baik nanti...tiket aku sudah beli, cume menanti masa untuk kesana sahaja..kawan kawan tunggu punjunk ok..wat masa sekarang aku pun tak tahu lagi sapa player dalam team aku secara keseluruhannya..ermmm..tapi tak pa...aku hanya mahu enjoy dengan game...jumpa di sana ya...

Itali berakhir di Piala Dunia Afrika

hahahahhaha..kepada peminat Itali, jangan lah berkecil hati yek..memang terbukti pemain Itali dah Over Age..heheheh...keputusan malam ini tidak menyebelahi Itali diaman kalah dengan Slovakia 3 berbalas dua...hahah, itali berada di tangga tercorot kumpulan dengan 2 mata..Kalah sekali dan seri dua kali..hai hai bye  bye Itali...Kemana hilangnya taring juara anda..By the way, its ok, ...kepada penyokong penyokong pasukan lain, teruskan sokongan anda..Aku nak tunggu perlawanan malam ni, pasukan feberet aku, Belanda melawan Cameroon...huhuhu..Selamat berjuang wahai orange..teringat pula member kat kampung yang memang minat sangat kat itali...pasti dia dalam berkeadaan hampa sekarang...mana trademark via italia..hahahahha..kemuncak piala dunia makin terasa, hanya berapa hari saja lagi akan masuk ke putingan kalah mati..huhuhu best best nih...aku akan menanti dan terus menanti hingga ke akhirnya pertandingan..

Selamat malam semua..jangan berkecil hati..aku nak tido, malam ni nak tgk Belanda vs cameroon pukul 2.30 pagi...

Tuesday, June 22, 2010

22 Jun 2010

Salam kepada semua. Hari ini, kehidupan aku bermula seperti biasa, sebagai seorang yang bernama Mohammad Nizam Mahmud. Pergi kerja, apa yang pelik yang berlaku pada waktu kerja? Ermm, tak de apa yang pelik pun.Ha, membe aku dari Kuching telifon, di aberitahu game Volleyball MAKSAK Kuching jadi dimana tarikh perlawanan adalah 26 hingga 30 Jun 2010, bertempat di Kuching Sarawak. Dia juga bagitahu yang team tengah dok traning. Hampeh tul punye member, game nak dekat baru bagi tau aku, aku dah susah nak dapat cuti..Ermmm, macam mana la, aku nak p ke tak nak game tue, aku memang minat sangat main Volleyball, bagi aku tak kisah lah menang ke tidak , yang penting dapat main. Macam mana aku nak cakap ngan bos aku ni. Macam mana pula aku nak p sana nih, bukannya senang, kene naik flite, kalau nak naik bus pun 16 jam masa.huh...apa yang harus aku buat ek...Tak pa la, sok aku pikir lain.
Ari ni juga aku rasa letih sangat otak aku, balaik jer keje, aku terus tido sampai la pukul 9.00mlm..Baguih punya budak, tido waktu petang. Apa nak buat, aku letih sangat, tak sedar la masa tido, sambil tgk tv, tetiba terus terlenok atas tiles..hahah...jaga kul 9.00 tadi, terus  rasa lapar, g mandi patu goreng kopok n belah buah Dragon fruit makan, sambil layan bola Perancis ngan Afrika..hahahahah..aku layan bola dulu yek..

Monday, June 21, 2010

Tanda tanda lelaki jatuh cinta

Berikut adalah tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur n ikhlas:
1. Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
3. Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.
(maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)
5. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
7. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
12. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
14. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
16. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
18. Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
23. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda? Mana nak cari ya?)

ihsan dari blog member

Sekadar Untuk Berkongsi

Bagaimana caranya nak bangkit dari masalah dalam bisnes ? gunakan 7 langkah yang disyorkan ni..

1. Banyak membaca

2. Jangan lari dari masalah.
Hadapinya dengan tenang dan berhemah


3. Selesaikan masalah yang kecil dulu.
Kemudian baru dituruti yang besar, step-by-step.
4. Tulis segala masalah yang anda hadapi di atas kertas.

5. Banyak hutang?
Senaraikan semua hutang anda dan sesiapa yang pernah berhutang dengan anda. Jangan malu untuk meminta semula wang anda.

Minta pihak yang berhutang membayar semula hutang mereka. Walaupun tak banyak tapi membantu meringankan beban waktu terdesak.

6. Apabila anda sedang mengalamai kejatuhan atau sedang di landa masalah maha hebat, buat apa saja yang terbaik untuk gembirakan hati.

Cari .. aa, apa nama (stail Dr M) kekuatan dalam diri anda. Cari kawan untuk meluahkan masalah. Walaupun dia buat-buat tak dengar, luahkan saja.

Jangan pula lari daripada kawan atau mengelak, kononya malu. Waktu inilah anda tahu siapa kawan sebenar dan siapa lawan. Mungkin mereka boleh membantu anda.

7. Jika masalah bisnes yang sedang anda hadapi itu boleh di atasi sedikit demi sedikit, anda akan menjadi lebih yakin dan menjadi pakar dalam bidang atau bisnes yang anda ceburi itu.

Jangan anggap semuanya mudah. Buat sendiri semuanya dari sekecil-kecil tugas.

Kerana dari situ, anda akan dapat belajar. Jika anda sentiasa memandang remeh kerja yang diterima dan memperlekehkannya, sampai bila-bila pun anda takkan dapat belajar benda baru.

Attitude, Ilmu Dan Skill Yang Dipelajari Dari Pengalaman Itulah Yang Menjadi Bekal Ke Mana Sahaja Anda Pergi.


Apabila masalah yang anda hadapi sudah selesai dan anda sudah agak stabil, ingat 3 panduan ini :

1. Tumpukan perhatian.
Apa saja perniagaan yang anda ingin ceburi atau yang ingin anda mulakan sendiri, paling penting ialah FOKUS.

2. Sasarkan Matlamat - Had masa.
Sasarkan tahap pencapaian mengikut jangka waktu yang spesifik. Misalnya dalam tempoh 5 tahun, 10 tahun dan seterusnya, tetapkan apa yang harus dicapai.

3. Lakukan Apa Yang Anda Tahu.
Jangan bazirkan masa dengan belajar benda yang anda tak tahu dan tak mahir langsung, kalau ia tak berapa penting untuk perkembangan bisnes anda.

Lebih baik, anda mahirkan diri dengan semua yang anda tahu. Asah skill anda sehabis baik. Bila ini berlaku, anda akan menjadi semakin hebat kesan daripada itu.

4. Segera buat keputusan .
Jangan termanggu-manggu, bertangguh atau nak tunggu dulu, ia akan terbiar hingga merebak dan membesar, parah jadinya! Seperti juga kanser, lagi dibiar, lagi merebak!

5. Cepat dan berani bertindak.
kalau anda merasa takut apa yang anda lakukan itu tak berhasil, hilangkannya dengan BERANIKAN diri.

Khilaf

Kehidupan yang didalangi debgan khilaf yang mendalam, memasak di dalam lunuk hati, bukan sesuatu yang pelik bagi makhluk yang bergelar manusia. Hamba yang begitu banyak membuat khilaf, banyak membuat kemusykilan. Dengan berpaksikan panduan hidup, dengan berpandukan pengalaman hidup dengan berpandukan peraturan yang melancarkan perjalanan seseorang hamba yang bergelar manusia.
suasana petang masa balik keje, di miri sarawak

Dimana harus kita mula mengcongak, dimana harus kita mula bertahtih, dimana harus kita mula merangkak, dimana harus kita mula berjalan dan dimana harus kita mula berlari. Fikirkanlah, renungkanlah, dalamilah apa yang termaktub dalah diari kehidupan kita, adakah hanya bergantung kita kepada nasib, adakah bergantung kita kepada tuah, bertuahlah kita kalau apa yang dimpikan menjadi kenyataan, bertuahlah kita kalau apa yang dihajati menjadi genggaman.

Bukan mengomel, bukan nak pasrah, bukan tak bersyukur, cuma pa yang hendak diperkatakan adalah kenapa. Setiap insan terdapat tanda tanya di benak fikirannya. kenapa perlu melakukan kesilapan, kenapa mesti ada kesilapan,..Ya, segala galanya adalah, diri kita, sega galanya adalah kita sebagai manusia, tak lari dari kesilapan dalam melakukan kerja seharian, tak lari dari melakukan kesilapan keatas tingkah laku yang di rancangkan.

Kita dikurniakan dengan nikmat dan kelebihan yang terbaik berbanding hamba yang lain. Kita ada akal, kita boleh guna untuk memikir. Kita ada Hati untuk melengkapkan perasaan. Kita ada kudrat untuk menongkah segala jalan. Aku suke sangat dengan ayat ini..Nak Cium bunga janganlah berdiri di atas durinya.Kita ada akal untuk berfikir, jadi cubelah kita fikir..tak salah untuk berfikir, tak salah untuk buat keputusan dan tak salah untuk melakukan kesilapan.

Aku suke ambil kata kartunis kegemaran aku, iaitu Aie - 
"Tiada siapapun inginkan kesedihan tak siapapun mampu untuk bersugul di sepanjang jalan kehidupan"
anak sedara yang aku sayang

Punjunk minta maaf sahabat, kawan kawan, emak, ayah, abang, kakak, adik etc, kerana punjunk banyak melakukan kesilapan..

Picisan Kosong

Aku sering dinasihatkan dengan keluarga tetantang kehidupan. Dari aku budak-budah, zaman remaja, sehinggalah ke zaman dewasa, elemen penting yang diterapkan dan dinasihatkan adalah jaga tingkah laku kita, walaupun di tempat sendiri inikan pula tempat orang. Aku masih terngiang lagi suara kasar ayah, selalu tanyakan aku dan selalu serkap jarang terhadap perbuatan aku, semasa aku alam remaja. Mana tak nya, selalu keluar malam, tak kira sekolah ke idak, selalu sangat jarang di rumah. Aku ni degil, susah sangat nak ikut cakap mak cakap ayah. Ayah kekadang sampai tak tahan nak nasihati secara lembut, dia nasihati secara kasar. Kene pukul dengan ayah memang sudah menjadi kebiasaan bagi aku. Sakit dibuatnya, kene rotan, ketuk kepala n macam macam. Aku paling takut apabila ayah pegang kayu. Aku selalunya lari bila ayah nak pukul, nak aku akan merajuk,, aku akan keluar umah, dan lepak kat mana yang aku suke. Aku tak dapat terima ayah selalu memarahi aku, mengherdik aku memukul aku. Aku sangat benci ngan ayah. Tu la, sebahagian aku dengan ayah.
Mak aku lagi la, selalu berleter, selalalu bagi ceramah, selalu pukul. Apa yang aku buat, semuanya salah.Sampai satu tahap, aku sampai membalas balik apa yang mak aku cakap.Aku tak tahu betul ke mak aku sayang aku, kerana, apa yang aku buat salah, adik aku pula semuanya tak salah.Aku tak faham dengan perangai mak aku.Tu la zaman kanak kanak dan remaja aku bersama mak dan ayah.
Pada masa sekarang, bende zaman kecik dah jadi dendam dalam hidup aku, dah jadi sebati dalam hidup aku. Entah kenapa aku perlu berdendam semua ini. Aku menjadi pendiam di kalangan keluarga, walaupun kekadang aku balik kampung, keluarga aku menyambut aku dengan sempurna, tetapi dengan perangai aku yang pendiam, keadaan yang gembira menjadi berubah, aku jarang bercakap di rumah, atau apabila bertemu dengan sanak saudara dan juga adik beradik.Mungkin ini disebabkan oleh kesan alam kanak kanak aku. Aku sangat sayang mak dan ayah aku.
Mak Ayah, abg zam selalu ingat mak ayah, abag zam tak dapat luahkan dengan kata kata, cukuplah sekadar penyejuk hati abg zam dengan mencium tangan dan mengucup pipi mak dan ayah.Abg zam akan sentiasa ingat pesanan mak dan ayah..

KEPADA AYAH..SELAMAT HARI BAPA...

maffkan sifat kejahilan abg zam








Sunday, June 20, 2010

Lagu yang paling aku suke

Separated

Artist: Usher
Oh no, no, no, no

If love was a bird
Then we wouldn’t have wings
If love was a sky
We’d be blue
If love was a choir
You and I could never sing
Cause love isn’t for me and you

If love was an oscar
You and I could never win
Cause we can never act out our parts
If love is the bible
Then we are lost in sin
Because it’s not in our hearts

So why don’t you go your way
And I’ll go mine
Live your life, and I’ll live mine
Baby you’ll do well, and I’ll be fine
Cause we’re better off, separated

If love was a fire
Then we have lost the spark
Love never felt so cold
If love was a light
Then we’re lost in the dark
Left with no one to hold

If love was a sport
We’re not on the same team
You and I are destined to lose
If love was an ocean
Then we are just a stream
Cause love isn’t for me and you

So why don’t you go your way
And I’ll go mine
Live your life, and I’ll live mine
Baby you’ll do well, and I’ll be fine
Cause we’re better off, separated

Girl I know we had some good times
It’s sad but now we gotta say goodbye
Girl you know I love you, I can’t deny
I can’t say we didn’t try to make it work for you and i
I know it hurts so much but it’s best for us
Somewhere along this windy road we lost the trust
So I’ll walk away so you don’t have to see me cry
It’s killing me so, why don’t you go

So why don’t you go your way
And I’ll go mine
Live your life, and I’ll live mine
Baby you’ll do well, and I’ll be fine
Cause we’re better off, separated

I’m sorry we didn’t make it

Friday, June 18, 2010

PIALA DUNIA 2010 - AFRIKA SELATAN


Demam piala dunia terasa kepada semua orang tak kira lelaki pompuan, adik abg, kakak, ma, ayah, makcik, pakcik, atuk dan nenek..bestnya bila tiba musim piala dunia ni kan..seronok dapat tengok permainan pemain pemain yang profesional..negara manakan pasukan pilihan anda, negara manakah terkeluar awal, negara manakan yang layak ke akhir, negara manakan yang akan membawa pulan piala dunia...bagi aku, aku minat dan sokong negara belanda, the orange..aku minat baju orange, aku minat skill pemain, tapi malangnya belanda ni walaupun kuat, kalau kat piala dnia, dia lemah sikit..hahhaha..hopefully tahun ni, belanda akan bawa pulang piala dunia...

Piala Dunia

Logo Piala Dunia 2010 - Afrika

maskot piala dunia 2010

Bendera Negara Belanda


 Jadual Perlawanan dan negara yang terlibat

Makan Bola, Tidor Bola la kita yek..hahahhah...layan la bola, jangan tak layan


Thursday, June 17, 2010

Gambar Pasukan Sarawak






Sukan Kementerian Kesihatan Malaysia 2010

Dimana bumi dipijak, disitu langgit dijunjung...aku mewakili Sarawak dalam Sukan KKM 2010 yang berlangsung di negeri Terengganu Darul Iman, acara berlangsung 28 Mei hingga 31 Mei 2010, penempatan di Universiti Darul Iman...Acara yang akau masuk adalah Lompat Kijang dan juga Bola Tampar..Keputusannya agak mengecewakan...hahahhaha..nasib badan

Kenangan aku bersama Sarawak..

Hari Sebelum pertandingan bermula..jalan jalan cari makan, bersama sebahagian pasukan bola tampar dewan, bola tampar pantai dan juga olahraga

Hari pertama pertandingan, ditewaskan oleh Juara musim lalu Kuala Lumpur 2 berbalas 0..perlawanan bermula 12 malam dan berakhir pukul 1.30 pagi..giler lah, tak penah aku main waktu nih

sesi sual kenal..
keesokan paginya pulak, lompat kijang..kalah juga...terima je lah..

Secara keseluruhannya, aku sangat suke pertandingan ini, kerana aku dapat ramai sangat kawan, dan ini lah masa untuk aku larikan diri dari aktiviti kerja seharian..aku minat sangat bola tampar..