Sunday, June 27, 2010

Kejohanan MAKSAK Sarawak 2010 - Hari Kedua

Hari Kedua
Hari ini merupakan hari yang aku nantikan, dan bagi aku sendiri, aku berjanji untuk melakukan dan bermain yang terbaik untuk mencapai kemenangan. Kalau kemenagan yang dicapai pada malam ini, ini bermaksud peluang untuk menjadi juara kumpulan adalah sangat cerah sekali. 27 Jun 2010 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan tertutup SESCO Kuching Sarawak. Perlawan pada hari ini kami akan bertemu dengan pasukan PSKPP (Persatuan sukan perguruan kot tak silap aku la), apa yang aku cakap sebelum ini, mengatakan pasukan ini kuat kerana mereka mempunyai pemain yang lengkap terdiri dari ramai spiker yang boleh membunuh, setter yang kemas dan juga bahagian received ball yang peka terhadap bola. Agak mencabar bagi aku kerana, mengikut perkiraan pemain pasukan aku, agak terlalu jauh bezanya. Aku harus terima kekurangan yang kami ada dan aku cuba menampung kekeurangan yang ada, kalau boleh, kalau ada kemampuan. Sudah diduga dan sudah dijangka, keputusan perlawan tidak memihak kepada pasukan kami, dimana kami kalah dengan perlawanan penetuan. Medical 1 - 2 PSKPP ( 23-25,25-17,8-15). Ermm, agak kecewa jugaklah, tapi takpa, selepas ini aku harap setiap pemain dalam pasukan aku dapat tonjolkan status permainan yang lebih baik. dengan kekalahan ini, bermakna perlawanan yang berbaki lagi dua, perlu kami menang semua perlawan, untuk melayakkan kami berjuang di separuh akhir. Aku harap kemenangan memihak kepada pasukan aku pada perlawan seterusnya. Untuk perlawan seterusnya, aku tak dapat bermain, ini kerana aku terpaksa balik Miri untuk menjalankan tugas..Harap sahabat aku yang lain dapat berjuang untuk kemenangan..JAngan putus asa..

"Sebelum kuku tercalar, jiwa parah, jangan kau gugurkana air mata"

Terima kasih AMbross, RAmzi, Sulaiman kerana sanggup kena marah ngan aku..heheheh biasalah kan..

No comments: