Sunday, June 27, 2010

Kejohanan MAKSAK Sarawak 2010 - Hari Pertama

Hari Pertama - 26 Jun 2010
Ini adalah perlawanan pertama bagi Team Medical, dimana kami akan berlawan dengan pasukan PUSTAKA (aku tak tahu apa maksud sebenar PUSTAKA).  Perlawan berlangsung di Dewan Tertutup SESCO. Masa perlawnan ini adalah 9.00 malam. Hari ini juga aku baru sampai di Kuching..huhuhu, agak penant juga mahu mengumpulakan kudrat yang ada untuk melakukan dan memberi persembahan permainan yang baik pada perlawanan malam ni. Pada mulanya aku menganggap pemain untuk pasukan Medical ini mempunyai pemain yang mempunyai skill untuk membunu atau spike amhupun received ball, namun apabila tiba digelanggang, aku berasa hampa dengan permainan yang ditunjukkan mereka. Aku pun tak faham, mungkin mereka malu bermain ataupun terlalu teruja untuk bermain, nasiblah member yang aku kenal Ramzi n Ambross ada, kalau diorg tak da, aku rasa memang terkial kial aku sorang untuk berlawan. Pemain yang lain, aku menggangap masih dalah tempoh belajar, ini kerana aku melihat cara permainan yang mereka tunjukkan agak ham, ini kera mereka terlalu kaku dan juga banyak kesilapan sendiri dalam permainan yang mereka sendiri buat, ini membolehkan pihak lawan mendapat mata. Namun hasil usaha kami semua satu kumpulan, berjaya menewaskan pasukan PUSTAKA dengan keputusan Medical 2 - 0 PUSTAKA ( 25-20, 25-21). Alhamdulilah, berjaya juga kami. Perjuangan kami bermula esok, ini kerana esok merupakan pasukan pilihan bagi Group kami, so apa yang penting aku mahukan pemain lain belajar dari kesilapan yang dilakukan dalam game yang pertama. Hopefully esok datang tuah kepada kami. Doakan kami semua ya.

No comments: