Friday, June 25, 2010

Medical Club Miri Sarawak

Perjalanan seseorang boleh dirancang, dan yang dirancang itu masih tidak tahu apa akan terjadi. Perjalanan yang penuh dengan pelbagi dugaan belum tentu dapat disambut dan belum tentu dapat didukung. Jatuh dan bangun, mestilah dengan kekuatan dan kudrat yang datang dari hati yang cekal. Mengorak langkah, mendabik dada lumrah dalam harmoni kehidupan, warna warni kehidupan. Tak perlulah mengampu apa yang hendak dibuat, tetapi percayalah dan keluarkan lah apa yang ada untuk mendapat keampuan. Sasaran tak semestinya diperolehi, tetapi kepuasan dalam mengejar sasaran yang dinikmati. Masa bersilih hari, yang ada mesti dihormati yang tiada haruslah dikenangi.
Malam ni genap lah dua org Ahli Jawatankuasa Medical Club Miri Sarawak, meninggalkan bangku jawatan. Mulanya Pengerusi, sekarang ini diikuti Setiausaha, belum sempat aku mengenali hati budi, belum sempat aku nak kenang jasa. Sungguh lumayan sumbangan jasa yang diberikan kepadaku, senugguh tak terkira budi yang dilimpahkan kepadaku. Kepercayaan yang diberikan kepadaku, dan amanah yang digalas sekarang, akan aku cuba laksanakan. Kepercayaan yang diberikan kepada orang bukan orang Miri, mahupun Sarawak, tetap aku bersyukur. Aku tak hebat dan aku tak kuat, namun apa yang aku ada dan mampu, aku akan cuba untuk berkongsi kepada semua..Terima kasih kepada AJK Medical Club Miri Sarawak, kerana percayakan aku untuk bernaung sebagai AJK..

No comments: