Thursday, April 17, 2008

faizal tahir

ini adalah artikel yang aku nak tulis, berkisarkan faizal tahir. penyanyi yang mempunyai bakat besar dalam industri muzik tanah air, sudah bebas dari tempoh sekatan untuk bergiat aktif. dia kini dah kembali seperti penyanyi biasa sebelum ini. aku cuma harap dia akan lebih berwaspada dan terus memajukan industri muzik malaysia yang ketandusan penyanyi seperti dia dan berbakat besar. TEMPOH tiga bulan mungkin dianggap singkat bagi pesalah menjalani hukuman tetapi bagi Faizal Tahir, ia sudah cukup mengajarnya mengenai disiplin diri ke arah menjadi artis contoh pada masyarakat. Semalam, wajah Faizal muncul semula di televisyen selepas hukuman tatatertib yang dikenakan ke atasnya tamat. Apa yang lebih menarik perhatian, kemunculan semula Faizal ini diberi peluang istimewa apabila sejak awal pagi, Faizal tampil dalam slot khas, Super Faizal di Hot FM dan kemudian ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Sambil bercerita pengalaman dilalui selama tiga bulan sepi tanpa sebarang persembahan yang disiarkan di televisyen, Faizal menyatakan perasaan bercampur gembira, terharu dan bersyukur atas peluang kedua yang diberikan kepadanya. “Sejujurnya, saya berasa sangat terharu apabila diberi peluang aktif semula dalam bidang nyanyian apatah lagi diberi kesempatan muncul dalam program istimewa di radio dan televisyen pada hari ini. Sebenarnya saya tidak menyangka peluang sebegini diberikan kepada saya dan tidak salah untuk saya menitiskan air mata dengan layanan istimewa ini. “Pastinya, dalam melalui kehidupan seharian sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada membuat kesilapan tetapi tidak semua kesilapan yang dilakukan diberi peluang kedua seperti saya. Dengan kerja amal yang saya lakukan dalam tempoh menjalani hukuman itu, saya berasa sangat bersyukur dengan apa yang saya miliki dan peluang melakukan kerja amal ini satu pencapaian membanggakan buat diri saya,” katanya. Faizal mengakui pembabitannya dalam kerja amal sepanjang tempoh itu seperti melawat rumah orang tua dan anak yatim memberi peluang pada dirinya insaf dengan kesusahan dan kekurangan orang lain. “Ketika menjadi artis, saya rasakan masa membuat kerja amal ini agak terhad tetapi selepas terbabit sendiri melihat kehidupan sebenar mereka, ia benar-benar menginsafkan dan saya berazam untuk meneruskan kerja amal ini pada masa akan datang. Biar sesibuk manapun jadual seni, paling kurang saya akan meluangkan masa sekali sebulan membuat kerja amal ini. “Saya melihat usaha dalam membantu anggota masyarakat yang kurang bernasib baik ini satu tanggungjawab yang harus saya laksanakan. Tidak perlu apabila dikenakan hukuman, barulah kita tergerak untuk membuat kerja amal sedangkan aktiviti ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. “Hukuman yang saya jalani ini juga mungkin dilihat sebagai hukuman Tuhan kepada saya untuk menyedarkan saya dengan kesenangan yang saya peroleh selama ini. Jika kita merasakan hidup kita susah sebenarnya ada lagi orang lain yang lebih susah kehidupannya dan mungkin juga kesusahan mereka sampai bila-bila. “Namun, dengan sokongan keluarga, rakan-rakan dan peminat sekeliling yang tidak jemu menyokong saya, saya berasa diri masih dihargai. Sejak awal saya bangun pagi tadi, perasaan saya menjadi gemuruh kerana berpeluang muncul dalam program siaran langsung. Saya merasakan diri umpama banduan yang baru keluar dari penjara dan saya akui hukuman diterima ini pengajaran besar dalam hidup saya,” katanya.

Sunday, April 13, 2008

Perpaduan Melayu jadi agenda utama

Semenjak dua menjak ni, perpaduan antara kita dah semakin renggang dan jauh sekali. Dimana silapnya mungkin kita sendiri boleh kenal pasti, dan disini kita tak tertarik untuk mengenalpasti apa punca yang menyebabkan ikatan persaudaraan antra kita semua renggang. Semakin hari semakin jauh, dan kita sendiri tak kenal erti persaudaraan dan kita sendiri tidak mengenal mana satu saudara dan mana satu musuh kita. Cuba kita teliti bali tahun era 60an,70an,80,90...Keakraban yang terjalin antara kita disamping jiran dan bangsa lain begitu utuh apatah lagi persaudaraan antara darah daging sendiri, yang memang seperti 'aur dengan tebing' dan juga seperti 'air dicincang tidak akan putus', betapa kita perihatin terhadap keadaan sekeliling dan juga persekitaan. Namun mimpi ngeri mula menular di setiap sanubari ke atas makluk yang dikenali sebagai manusia. Pentingkan diri sendiri adalan menjadi satu elemen yang takkan pudar dalam susuk tubuh yang mengalir darah pekat merah yang panas meresap ke setiap rongga badan. Bila diteliti balik apa yang berlaku sekarang, adalah sangat sedih dan tidak wajar ini terjadi sekiranya nilai murni dipupuk lebih awal dan sikap tidak pentingkan diri sendiri tidak diutamakan dalam keperluan kehidupan. masakan tidak tahu lagi, jiran yang sebelah rumah pun kita tidak bertegur sapa, inikan pula jiran yang selang jarak rumahnya lebih jauh dari sebelah rumah. Jangan harap ini berlaku. Kita juga bila diselidik balik, mungkin kita tidak kenal saudara yang ada pertalian darah dengan kita, walaupun kita berada berhampiran ataupun berjalan sampai tersentuh bahu pun masih tidak bertegur sap, ini disebabkan oleh tidak kenala dan elemen paling utama sekali adalah pentingkan diri sendiri. Ingatlah kepada semua wahai saudara, bahawa perhubungan sesama insan lebih penting untuk menjlankan kehipudan yang lebih baik dan harmoni. Perlu kita ingat fardhu ain adalah wajib dilakukan sebagai umat yang bergelar seorang Islam dan perlu kita ingat juga fardhu kifayah adalah sunat dilakukan dan wajib dilakukan apabila orang lain tidak buat. Wallahualam.... Ingatlah apabila kita mati..siapakan yang akan kafankan kita, mandikan kita, kuburkan kita selain dari anak-anak kita.... Oleh Basir Zahrom

KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, mengingatkan orang Melayu supaya menjadikan perpaduan sebagai agenda utama selepas keputusan pilihan raya umum lalu menunjukkan orang Melayu berpecah belah dan berdepan kaum lain yang lebih kuat dari segi politik dan ekonomi. Baginda bertitah, kelakuan mereka yang menang dan kalah pada pilihan raya umum lalu menunjukkan kedaulatan dan ketuanan Melayu semakin tercabar, manakala orang Melayu semakin keliru terhadap keadaan yang berlaku. Tegas baginda, peruntukan berkaitan orang Melayu dalam Perlembagaan bukan saja perlu dipertahankan, tetapi menjadi prinsip utama dalam ketuanan Melayu.

"Orang Melayu perlu membulatkan tekad untuk bersatu. Jangan berpecah belah dan elakkan polemik yang boleh menjarakkan persefahaman sesama sendiri. Isu ideologi dan tafsiran pendapat yang pelbagai tidak menyumbang kepada perpaduan Melayu. "Membincangkan polemik negara Islam, sekular dan kebajikan, menyebabkan rakyat menjadi semakin kabur. Ramai yang terpesong. Akibat kekalutan ini, timbul senario yang orang Melayu semakin terasing dan menjauh," titah baginda. Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Perhimpunan Perpaduan Melayu Sempena Maulidur Rasul 1429 Hijrah anjuran Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Tengku Muhammad Faris Petra sedih kerana ketika ini, tidak ada yang baik dikaitkan dengan orang Melayu yang membiarkan diri mereka didedah, diaib dan dimalukan, malah orang Melayu kelihatan bangga apabila dapat menunjukkan kelemahan kaum sendiri. "Siapa yang berjaya mesti dicari cacat celanya, tidak cukup internet, ditambah dengan khidmat pesanan ringkas (SMS). Teori propaganda menyebut 10 pembohongan akan menjadi kebenaran, manakala teori komunikasi moden menyebut bahawa setiap e-mel dianggap benar, setiap SMS dianggap sahih. "Banyak berita dan peristiwa negatif lain, tetapi yang ditonjolkan ialah Melayu. Seolah-olah orang Melayu menjadi punca segala penyakit masyarakat seperti rasuah dan dadah. Orang lain diam menyembunyikan keaiban bangsa mereka, kita yang beragama Islam menjadikan kerja mengaibkan bangsa sendiri sebagai hobi pertama," titah baginda. Baginda bertitah, perkara ini dibangkitkan untuk menunjukkan perpaduan orang Melayu sekarang sangat rapuh dan keadaan semakin parah.

Walaupun mengakui ramai yang tidak senang, baginda bertitah mungkin orang Melayu tidak bijak berpolitik menyebabkan usaha menyatukan orang Melayu gagal. Sehubungan itu, baginda mengingatkan orang Melayu tidak boleh hanyut dengan slogan bersifat retorik sebaliknya secara jujur dan ikhlas menyatupadukan orang Melayu tanpa agenda tersembunyi. , termasuk untuk menaikkan atau menjatuhkan mana-mana pemimpin. "Beta ingin melihat keadaan perbalahan dan perbezaan pendapat antara semua pemimpin Melayu diselesaikan menerusi muzakarah secara tertutup, berhemah dan bijaksana," titah baginda. Sempena perhimpunan itu, forum bertajuk Memperkasa Perpaduan Melayu untuk Kesejahteraan Negara diadakan dengan ahli panel, Felo Kehormat Institut Antarabangsa, Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac), Profesor Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein, Datuk Dr Hassan Ahmad dan Datuk Dr Kamal Salleh. Muhammad Uthman menyifatkan konflik di kalangan orang Melayu sekarang adalah akibat hilang rasa hormat terhadap pemimpin. "Imam Shafie, Ghazali, Hambali dan Maliki, berpesan supaya umat Islam tidak merendah-rendahkan pemimpin dan perlu menghormati keputusan mereka, selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam," katanya. Perhimpunan itu turut membentangkan tujuh Piagam Perhimpunan Perpaduan Melayu, termasuk mahu orang Melayu bersatu tanpa mengira fahaman politik serta sentiasa pertahankan hak ketuanan Melayu. Selain itu, matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) perlu dikekalkan, termasuk mencapai sasaran 30 peratus ekuiti Melayu. Orang Melayu juga perlu menangani cabaran yang mengancam perpaduan Melayu dan agama Islam.

Tuesday, April 8, 2008

LANGKAWI WATER FESTIVAL 2008

Wednesday, October 24, 2007

BPR buru ramai lagi

KENA DAKWA: Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Raub, Sidek Abd Rahman (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Raub, semalam selepas menghadapi 22 pertuduhan pecah amanah mengambil wang kerajaan RM12,175. Sementara itu bekas Ketua Penolong Pengarah di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kamaruzaman Md Ali (kiri atas); Penolong Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok, Loh Hong Wai (kiri bawah); wakil Biro Inovasi dan Perundingan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ismail Ibrahim (kanan bawah) dan Pengurus Projek Kosijaya Didactic Sdn Bhd, Loh Siu Le dituduh bersubahat dan membuat tuntutan palsu. 6 pegawai Kementerian Belia dan Sukan masih disiasat, seorang ditahan semalam PUTRAJAYA: Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menahan ramai lagi individu bersabit kes penyelewengan dan pecah amanah susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2006 mengenai salah urus dana awam. Petang semalam, BPR menahan bekas ketua sekolah binaan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong, Negeri Sembilan berusia 33 tahun di Temerloh, Pahang. Lelaki yang ketika ini memegang jawatan selaku Ketua Unit Pengurusan Latihan IKBN Temerloh akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini. Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan, berkata siasatan berhubung pendedahan Laporan Ketua Audit Negara itu masih belum berakhir kerana ia memerlukan penelitian secara lebih terperinci. "Ya, belum habis lagi, masih ada beberapa lagi... siasatan masih diteruskan. Ada beberapa kes lagi yang kita lihat iaitu berhubung penyelewengan dan pecah amanah," katanya pada sidang media khas di ibu pejabat BPR di sini, semalam. Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pengarah 1 BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed. Sidang media itu diadakan bagi memaklumkan hasil siasatan BPR berhubung pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2006 mengenai salah urus dana awam membabitkan beberapa kementerian dan agensi kerajaan. Laporan itu dibentangkan di Parlimen pada 7 September lalu. Semalam, 10 individu termasuk enam pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta dua pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Kota Bharu dan Raub. Difahamkan, inilah kali pertama tindakan diambil berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara. Ahmad Said berkata, BPR juga mencadangkan tindakan tatatertib dikenakan terhadap lima pegawai kanan KBS yang terbabit dalam mesyuarat berkaitan pembelian peralatan dan kelengkapan untuk lapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada harga lebih tinggi, berbanding harga pasaran. Beliau berkata, siasatan BPR juga mendapati pegawai terbabit ke luar negara tanpa kebenaran dan menerima keraian daripada kontraktor berkenaan. "Enam pegawai lain pula masih dalam siasatan BPR," katanya sambil menambah, BPR turut mencadangkan tindakan tatatertib dikenakan terhadap seorang juruteknik awam yang membuat perakuan palsu berhubung kerja pembaikan kuarters kerajaan di Pulau Pinang bagi membolehkan kontraktor terbabit membuat tuntutan pembayaran. Menjawab soalan, beliau berkata ketua jabatan berkenaan perlu mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai terbabit seperti ditetapkan iaitu sama ada dibuang kerja, turun pangkat, turun gaji, celaan dan amaran. Ahmad Said berkata, BPR juga masih menyiasat pembelian beberapa peralatan untuk IKBN seperti papan bancuh simen, kabin kontena, buku teknikal dan pen teknikal yang terlalu mahal dan tidak munasabah serta merugikan kerajaan. "Hasil siasatan awal mendapati wujud salah urus dana awam. BPR sedang menyiasat untuk mengenal pasti salah laku jenayah terhadap mereka terbabit dan sekiranya berlaku perlanggaran peraturan, BPR akan mencadangkan jabatan berkenaan mengambil tindakan tatatertib," katanya. Sehubungan itu, BPR akan mencadangkan kerajaan supaya melakukan kajian menyeluruh terhadap sistem pembelian terus yang diamalkan jabatan dan agensi kerajaan supaya lebih telus. Katanya, siasatan BPR mendapati terdapat beberapa kelemahan dalam sistem itu yang membuka ruang kepada berlakunya rasuah dan penyelewengan. "Ini terbukti dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006 yang mendedahkan kebanyakan proses pembelian peralatan dibuat secara rundingan terus," katanya. Ahmad Said berkata, BPR juga akan mencadangkan kerajaan menyenaraihitamkan syarikat yang membekalkan peralatan kepada IKBN yang dikaitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006 kerana melanggar peraturan kewangan. Beliau berkata, tindakan sama juga dicadangkan terhadap kontraktor yang terbabit dalam kerja pembaikan kuarters kerajaan di Pulau Pinang kerana melakukan penyelewengan ketika membuat tuntutan pembayaran. Selain itu, BPR mencadangkan supaya klausa bagi menjelaskan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 dimasukkan dalam semua dokumen kontrak kerajaan sebagai peringatan terhadap pihak berkenaan agar tidak mengambil kesempatan melakukan rasuah dan penyelewengan. "Jika wujudnya perlakuan rasuah di dalam kontrak itu, adalah dicadangkan supaya kontrak mereka ditamatkan serta-merta," katanya. 10 didakwa menipu -- Dituduh seleweng dana awam seperti didedah Ketua Audit Negara Oleh RUHAIDINI ABD. KADIR, HERMAN HAMID, ALI MAHMOOD dan ZULHISHAM ISHAK(utusan malaysia 24/10/2007 ) KUALA LUMPUR 23 Okt. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini mendakwa 10 orang termasuk sembilan kakitangan kerajaan di mahkamah di tiga negeri atas tuduhan yang mempunyai kaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara 2006. Esok pula, seorang lagi pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan didakwa di Seremban atas tuduhan yang sama. Mereka termasuk berjawatan pengarah dan penolong pengarah di KBS serta pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan sebahagian besarnya didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan. Mereka dituduh atas pelbagai kesalahan termasuk membuat tuntutan palsu dalam pembelian kamera digital dan pecah amanah wang bantuan kebajikan masyarakat kepada 22 penama yang telah meninggal dunia. Di Kota Bharu, empat orang termasuk Pengarah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan, Sabah, Kamaruzaman Md. Ali, 38, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengemukakan dokumen yang mengandungi tuntutan palsu. Turut dituduh Penolong Pengarah KBS, Loh Hong Wai, 31; kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ismail Ibrahim, 51, serta seorang wanita, Loh Siu Le, 38, pengurus projek sebuah syarikat berhubung pembelian kamera digital Kodak DC 4800 USA untuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok. Mereka yang dituduh berasingan di dua mahkamah mengikut Seksyen 11 (c) akta tersebut didakwa melakukan kesalahan itu pada 28 Januari 2003 di IKBN Bachok. Kamaruzaman ketika itu adalah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan KBS dan Ismail wakil Biro Invasi dan Perundingan UTM. Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh. Hong Wai pula ketika itu merupakan Penolong Pengarah Kemahiran IKBN Bachok manakala Siu Le adalah pengurus projek Syarikat Kosijaya Didactic Sdn. Bhd. Selain Seksyen 11 (c), pertuduhan ke atas Hong Wai dan Siu Le turut dibacakan bersama Seksyen 20(1)(c) yang didengar di hadapan Hakim Gulam Muhiadden Abdul Aziz. Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari atau maksimum 20 tahun dan denda maksimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana satu yang lebih tinggi. Laporan Ketua Audit Negara 2006 mempertikaikan pembelian kamera digital Kodak oleh IKBN Bachok yang dibeli RM8,254 sedangkan harga sebenar hanya RM2,990. Kamaruzaman dan Ismail masing-masing dibenar ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin manakala Hong Wai dan Siu Le masing-masing dibenarkan ikat jamin RM7,000 juga dengan seorang penjamin sementara pasport antarabangsa mereka turut diperintah ditahan. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa BPR, Zamal Abd. Rahman. Kamaruzaman diwakili peguam Rozihan Othman, Ismail pula diwakili Wan Abdullah Thani Wan Yusof sementara Hong Wai diwakili Zamzuri Mohd. Husin manakala Siu Le diwakili oleh Indran Rajalingam. Kedua-dua mahkamah menetapkan 28 November ini sebagai tarikh sebutan semula untuk keempat-empat tertuduh. Di Raub, seorang pegawai JKM Pahang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap 22 pertuduhan pecah amanah wang bantuan kebajikan masyarakat tahun lepas. Sidek Abdul Rahman, 47, yang ketika itu bertugas sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat di JKM Raub dituduh mengambil Wang Bantuan Am Peruntukan Negeri dan Persekutuan dengan menyalahgunakan 22 penama yang telah meninggal dunia. Dia dituduh mengambil wang peruntukan bantuan antara RM330 dan RM1,000 bagi penama terbabit antara Mac dan Disember 2006 dengan jumlah keseluruhan RM12,175. Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan bagi setiap pertuduhan. Pendakwaan dilakukan dua pegawai pendakwa dari BPR, Farah Azlina Latif dan Nazliza Mohd. Nazri. Hakim Zainal Abidin Kamarudin menetapkan 19 Disember ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Sidek diikat jamin RM10,000. Di Kota Kinabalu pula, lima kakitangan JKM dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 28 tuduhan mengeluarkan baucar pembayaran palsu melibatkan penerima yang telah meninggal dunia. Mereka yang dihadapkan di dua mahkamah berasingan dituduh mengeluarkan pembayaran tersebut di bawah Skim Bantuan Orang Tua antara tahun 2003 dan 2006. Seorang daripadanya, Pemangku Bendahari Daerah Penampang, Stanislaus Golingi, 51, didakwa mengikut Seksyen 11 (c) akta tersebut dengan 22 pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 1, Duncan Sikodol. Mengikut pertuduhan, dia yang bertugas di Pejabat Bendahari Penampang, memperakukan dokumen empat penerima bantuan yang telah meninggal dunia antara 2003 dan 2005. Seorang kerani di pejabat sama, Irene Lazarus Nicholas, 36, pula dituduh bersubahat melakukan perbuatan tersebut. Duncan yang menetapkan perbicaraan pada 28 Januari 2008 membenarkan Stanislaus dan Irene diikat jamin RM3,000 setiap seorang dengan dua penjamin. Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa BPR, Muhammad Sibti manakala Stanislaus dan Irene diwakili peguam Peter Jino Allion. Di Mahkamah Sesyen 2 Kota Kinabalu, Pembantu Pembangunan Masyarakat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tuaran, Rasiah @ Thomy Sumbat, 48, dituduh melakukan enam kesalahan mengeluarkan baucar pembayaran palsu kepada dua penerima yang sudah meninggal dunia. Dua pembantu tadbir di pejabat yang sama iaitu Rosminie Borilok, 42, dan Masni @ Masnah Sairin, 55, turut dituduh secara bersama melakukan kesalahan berkenaan. Mereka bertiga dituduh melakukan kesalahan itu antara Februari 2005 dan Jun 2006 kononnya membuat pembayaran kepada Dayang Ismail dan Andah Jair, yang telah meninggal dunia pada 16 Disember 2003 dan 17 Februari 2006. Hakim P. Ravindran Paramaguru, membenarkan masing-masing diikat jamin RM2,000 dengan dua penjamin sementara menunggu perbicaraan 9 Disember 2008. Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa BPR, Badrul Shah Norman manakala ketiga-ketiga tertuduh tidak diwakili peguam. Akhbar baru-baru ini menyiarkan Laporan Ketua Audit Negara 2006 bahawa daripada sampel rambang yang dilakukan terhadap 125 penerima bantuan kebajikan di dua daerah di Sabah didapati 20 daripadanya telah disahkan meninggal dunia oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Sementara itu, seorang pegawai KBS berusia 33 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 11 C akta yang sama di Mahkamah Sesyen Seremban pagi esok. Pegawai berkenaan yang merupakan bekas Ketua Sekolah Binaan, IKBN Chembong, Rembau dan kini merupakan Ketua Unit Pengurusan Latihan IKBN Temerloh ditangkap di Temerloh, hari ini. Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan yang dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan penahanan pegawai tersebut.

AKU BANGGA DENGANMU - SYED MUZAFFAR SYUKOR ( ANGKASAWAN PERTAMA MALAYSIA )

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi, ke atas rahmat yang telah diberikan kepada negara Malaysia ini. Pelbagai Kemuadahan dan keistimewaan terdapat di sini, yang sentiasa aman damai dan harmoni. hari ini aku telah berbangga sangat menjadi salah seorang rakyat yang terlibat dalam menyaksikan sejarah dunia iaitu seorang rakyat Malaysia menjadi Angkasawan pertama malaysia. Aku bangga denganmu DR SYED MUZAFFAR SYUKOR. namun lumrah alam san adat dunia, dimana setiap yang baik itu akan dihina dan diherdik oleh segelintir manusia yang mempunyai sifat terlalu banyak iri hati malah ada yang mempunyai sifat "busuk hati". Cuba kite semua lihat laman blog ni, dimana banyak sangat mengkritik dan cuba menjatuhkan semangat kita. Tapi bukan penulis blog ni yang mengkritik pasal ni, tapi die yang membuka dan membincangkan isu tentang sebuah akhbar luar negara yang mengkritik hebat negara kita tentang angkasawan ini. Kalau lah kite berada di kedudukan angkawan kite ni, tak terucap dengan kata-kata apa yang telah dilihat. Luasnya alam dan besarnya kekuasaan Allah sampai tak terjangkau dari daya pemikiran manusia. dibawah ini adalah mengenai angkasawan kebanggaan aku. IMPIAN sudah menjadi kenyataan. Kejayaan angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menyertai misi 11 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan pulang ke bumi dengan selamat petang kelmarin membuka lembaran baru kepada Malaysia untuk meneroka lebih jauh industri aeroangkasa. Walaupun detik bersejarah itu tercatat 46 tahun selepas kejayaan angkasawan pertama, Yuri Gagarin dari Russia membuat pusingan bersejarah mengelilingi bumi, ia belum terlewat. Walaupun kedudukan beliau sebagai angkasawan ke-141, ia amat bermakna kepada Malaysia kerana ia terlaksana bersempena 50 tahun usia kemerdekaan negara. Malah kita berbangga kerana beliau berjaya menyelesaikan tanggungjawabnya melakukan penyelidikan dan eksperimen berkaitan sains termasuk kesan mikrograviti dan radiasi angkasa ke atas sel normal dan sel kanser. Seperti kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Moscow kelmarin, rakyat Malaysia sewajarnya berbangga kerana negara tergolong dalam kumpulan elit peneroka angkasa lepas. Kejayaan Dr Sheikh Muszaphar akan menjadi perangsang kepada generasi masa kini dan akan datang untuk menguasai bidang sains angkasa. Walaupun Malaysia negara kecil, pemimpin dan rakyatnya tetap berjiwa besar. Jika kita memberi tumpuan kepada apa yang hendak dibuat, impian sukar pun boleh menjadi kenyataan. Namun, kejayaan yang dicipta itu tidak harus terhenti di situ saja, sebaliknya perlu ada kesinambungan. Justeru, memang wajar Malaysia menerima tawaran Agensi Angkasa Russia (Roscosmos) untuk menghantar angkasawan kedua bagi menjalankan misi lebih besar di ISS pada penghujung 2010 atau awal 2011. Kita percaya kerajaan akan mempertimbangkan dengan teliti butiran tawaran itu dari pelbagai aspek termasuk kos dan manfaat keseluruhan yang bakal diperoleh. Dalam hal ini, rakyat perlu diyakinkan bahawa program angkasawan tidak sia-sia, apa lagi membazirkan wang. Program itu adalah pencetus inspirasi yang memberi manfaat jangka panjang, sekali gus membuktikan komitmen Malaysia untuk bersama-sama negara besar meneroka angkasa lepas. Suara Orang Muda: Muszaphar lakar kegemilangan baru dunia Islam Bersama Noraini Ahmad norainiputeri@yahoo.com "DAH besar nanti, Afiq nak jadi angkasawan!" Itulah jawapan yang tiba-tiba terpacul dari mulut seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang juga anak kepada seorang teman, ketika ditanya mahu jadi apa setelah dewasa kelak. Tergaman seketika mendengar jawapan yang diberikan anak kecil itu yang mungkin tidak pernah terfikir oleh minda anak-anak kecil kita sebelum ini, sedang kita yang sudah dewasa juga pun tidak pernah mengimpikan Malaysia akan melahirkan seorang angkasawan selepas 50 tahun negara merdeka. Anak kecil itu adalah salah seorang daripada jutaan kanak-kanak di negara ini yang mengikuti perkembangan kejayaan Malaysia melakar satu lagi sejarah di persada dunia, melahirkan cosmonaut atau angkasawan pertama negara yang telah selamat pergi dan pulang dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Kapsul kapal angkasa Soyuz TMA-10 yang membawa angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha selamat mendarat di bumi dekat bandar Arkylk, Kazakhstan tepat jam 2.37 petang waktu tempatan atau 6.37 petang waktu Malaysia, kelmarin. Kalau kita buka mana-mana rangkaian radio sejak hari pemergian Dr Sheikh Muszaphar sehinggalah sehari selepas beliau kembali ke bumi semalam, tidak putus-putus panggilan ucapan tahniah diberikan rakyat Malaysia buat beliau. Malah, ada ibu yang turut mendoakan semoga anak kecil mereka mengikut jejak Dr Sheikh Muszaphar. Ramai anak muda kita turut menonton siaran yang dipancarkan secara langsung di kaca televisyen dan mendapat liputan meluas media itu juga tiba-tiba turut sama mengimpikan untuk menjadi angkasawan kerana kagum dengan pencapaian angkasawan ulung kita. Satu impian yang kini sudah dijadikan satu kenyataan oleh anak muda berusia 36 tahun itu. Kejayaan Dr Sheikh Muszaphar yang telah selamat pulang dari ISS, kelmarin dengan membawa bersamanya gelaran cosmonaut atau angkasawan pertama negara bukan saja melakar satu lagi sejarah kegemilangan baru bagi Malaysia di mata dunia, malah berjaya menyuntik semangat lebih ramai anak muda di negara ini termasuk anak anak kecil untuk mengikuti jejaknya. Ia adalah kemuncak kejayaan yang dikongsi dan dirasai seluruh warga Malaysia selepas Program Angkasa Negara ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan Russia pada 5 Ogos 2003. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat Dr Sheikh Muszaphar dan tidak lupa juga kepada seorang lagi wira kita, calon angkasawan kedua negara, Kapten Dr Faiz Khaleed. Selain mengharumkan nama negara, Dr Sheikh Muszaphar yang juga doktor bedah ortopedik, mencatat sejarah sebagai orang Islam pertama berpuasa dan menyambut Aidilfitri di angkasa lepas. Beliau sekali gus berjaya melakukan penyelidikan dan eksperimen berkaitan sains termasuk kesan mikrograviti dan radiasi angkasa ke atas sel normal dan sel kanser, selain eksperimen mengenai kadar pembentukan bakteria dan tahap rintangannya. Sebagai sebuah negara Islam, kejayaan kita juga menjadi pelopor kepada usaha negara Islam mengembalikan kegemilangan tamadun ilmu berkaitan angkasa lepas kepada umat Islam. Ia juga mengangkat kedudukan Malaysia selaku pemimpin Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ke tahap lebih tinggi di mata dunia. Kejayaan Dr Sheikh Muszaphar kini meniti bukan saja di bibir seluruh warga Malaysia tidak kira di mana mereka berada, malah umat Islam seluruh dunia. Ia dicapai bukan saja hasil kesungguhan kerajaan dan anak muda itu sendiri, malah semangat kental dan keyakinan yang tinggi berbekalkan slogan 'Malaysia Boleh'. Selepas melalui pelbagai laluan sukar Dr Sheikh Muszaphar terpilih di kalangan 11,275 pemohon yang berminat untuk menjadi angkasawan pertama negara bersama calon angkasawan kedua negara yang turut terpilih, Kapten Dr Faiz Khaleed, yang insya-Allah akan meneruskan latihan sebagai angkasawan di Pusat Latihan Angkasawan Gagarin (GCTC), Star City. Kejayaan yang dicipta angkasawan ulung negara itu juga selari dengan usaha melahirkan towering personality atau personaliti unggul dan juga modal insan cemerlang seperti digagaskan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Usaha memperkembang dan memajukan bidang sains angkasa negara tidak harus terhenti selepas Dr Sheikh Muszaphar berjaya ke ISS. Misi ke angkasa perlu diteruskan dengan melahirkan lebih ramai angkasawan Malaysia. Kos yang tinggi juga tidak harus dijadikan halangan jika kita mahu hasil jangka panjang memberi manfaat kepada negara dan bangsa. Kita telah meletakkan Malaysia dalam kumpulan elit negara peneroka angkasa lepas. Rakyat Malaysia harus memberi sokongan padu dalam kita meneruskan kejayaan meneroka angkasa lepas. Kita mahu supaya kejayaan angkasawan pertama negara itu menjadi contoh dan perintis kepada kejayaan lebih besar ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di persada dunia.

ZAKAT DAN ORANG YANG BERHAK MENERIMANYA - 2

korang ada baca dak aku punya post yang lepas pasal tajuk ni la...ha ni lah sambungannya..bukan ape aku wat sambungan ni kerana aku dapat info terkini mengenainya..ada la tempias sedikit die punya cerita..sekarang ni sibuk kat berita la apa la pasal penyiasatan BPR(badan pencegah rasuah) mengenai penyelewengan duit kerajaan dimana menyebabkan kerugian pada kerajaan diatas dana yang tidak pernah wujud ini..dimana yang terlibat mengenai penyiasatan BPR ini adalah JKM( jabatan kebajikan Masyarakat ), IKBN ( institut kemahiran belia negara ), dan banyak lagi la... aku tertarik mengenai JKM ni, pasal apa, die melibatkan tentang aktiviti kebajikan terhadap masyarakat, terutama sekali dengan masyarakat miskin dan fakir dan juga berkaitan dengan anak yatim ni.. aku dengan kes berkaitan dengan JKM ni aje melibatkan 10 orang yang telah mati terlibat,,...huhu..macamna tue..aku pun penin..banyak kewangan dan dan adiselewengkan oleh pihak tertentu, dan ini meyebabkan insan yang sepatutnya menerima tidak menerima peruntukan itu... kenapa sekarang nak siasat benda yang besar ini...ooo kemungkinan banyak pekara lain yang perlu di buat kan. cube korang sume perhatikan dengan zakat yang di keluarkan saban tahun...banyak kan, rasanya sampai tak terkira banyaknya... aku bukan apa, aku teringin nak tengok juga manusia yang tidak tidak berupaya dan kemampuan ni bahagia macam kite.. nasib lah, ada jalan lagi kan...nasib juga sempat BPR membuka fail dan membuka pekung yang dah lama lapuk kan... apa pendapat korang mengenai isue ni...

Saturday, October 20, 2007

HARI RAYA YANG TAK SEMPURNA

dah lama tak Post kat sini..sibuk sangat la sebelum ni.. topik yang aku bertajukkan ni, memang aku nak tulih sangat kat sini...tahun ni lah tahun yang paling tak best sekali aku beraya dan semangat pun aku nak beraya..tak tahu lah kenapa...dari bermulanyanya awal ramadhan lagi aku dah tak rasa semnagt nak menyambut hari kemenangan bagi umat Islam..tah lah...sebenarnya aku pun tak tahu kenapa aku tak terasa sangat nak meraikan hari Raya Edulfitri ni...awal ramadhan jer sumer staff opis aku amik cuti, ada yang 2 minggu ada yang 1 minggu ada yang 3 hari, semuanya amik cuti lah...aku pulak tak terasa nak amik cuti pun dan tak terasa nak balik kampung pun..sebabnya dan akibat apa yang aku rasa tak best nak meraikan hari raya ni mungkin Allah nak menduga aku, insan yang terlal hina... 1- aku tak sempat beli baju raya. ini disbabkan oleh aku balik dah lewat sampai kat kampung, dan aku pulak sengaja bagi sampai lewat kat kampung. lagipun kat langkawi ni aku tak terfikir nak beli baju raya.. 2- aku balik kampung, aku tak berjalan kat mana pun, kecualilah aku pergi umah sepupu yang menjadi kawan baik aku dari kecik sampai ke besar..selepas tue aku banya lepak dalam bilik jer...tak tahu la kenapa..aku tak de mood nak raya...aku rasa hati aku cam tak sedap jer..aku tak dapat nak describe apa yang aku tengah pikir...aku asyik tidor jer... 3 - paling tak sedap masa hari raya tersebut, aku kena plak cirit birit,...sampai la kemalam... 4 - raya kedua aku lagi la tak raya kemana...pepagi lagi aku dah gerak nak balik langkawi, abang aku nak antor sampai Kuala kedah, tapi aku taknak...memang dari zaman belajar dulu aku tak nak menyusahkan dan mengharapkan sangat pertolongan..aku lebih suka travel sesorang..aku naik bus dari umah ke sunagi petani, dan dari sengai petani ke Pekan Rabu, Alor setar...dan dari Pekan rabu Ke Kuala Kedah..aku lepak-lepak kat Pekan Rabu aku pusing-pusing... 5 - sampai ke Langkawi dah Kul 8 malam..aku amik moto kat opis, trus jer balik umah, aku lepak jer kat umah..nak kata keluar makan, aku rasa memang perut aku tak lapor..rasa cam puasa plak..dan malam ni lah...aku dapat satu SMS yang hancur hati aku..mungkin aku terlalu mengharap ke tak tahulah...tapi dulu aku ni memang cepat dan selalu giveup, tai bila kite dah diajar supaya jangan giveup, aku dah biasa tak nak giveup...dengar jer apa yang tertulis kat SMS u aku dah missing dan lost..... sekarang aku dah giveup sepenuhnya....tak de cahaya lagi dalam kehidupan aku....

Thursday, August 9, 2007

FENOMENA 'HOLA'

''Memang menarik dapat menyaksikan fenomena solar halo lebih dua kali dalam setahun tetapi ia boleh berlaku pada bila-bila masa bergantung kepada kedudukan hablur atau kristal ais di atmosfera. ‘‘Hablur ais ini biasanya terdapat dalam awan tinggi di atmosfera yang akan membentuk lingkaran dikenali halo jika berada pada kedudukan yang tepat sewaktu membiaskan cahaya matahari,” Utusan malaysia ni mungkin satu kejutan yang berlaku bagi aku mahupun penduduk di bahagian utara, bukan ape, aku tanya member aku yang tinggal di bahagian selain utara, diaorang tak nampak apa yang ebrlaku di langgit. selalunya kalau gerhana matahari atau bulan ke ape-ape ke, pasti kite dapat infomasi terlebih dahulu dari ramalan cuaca atau beritakan. fenomena ni takde tanda atau dapat berita dari mana-mana berita terlebih darulu, ia terjadi dengan secara mengejut. aku terpikir mesti ada tanda yang diberikan oleh ALLAH kepada kita apa yang akan berlaku di kemudian hari, dan ini mengkin adalah salah satu tanda yang diberikan sebagai 'amaran' awal kepada kite semua. aku terdengar banyak perkataan yang keluar dari ramai mulut manusia ada yang kata, "ada yang kata petanda-petanda kiamat", "ada yang kata sekarang ni dah banyak yang mengingkar ALLAH", "segeralah bertaubat" dan banyak lagi la yang aku deengar tentang ni. timbul rasa persoalan di benak fikiran aku untuk berfikir tentang kejadian ini dan juga aku mula teringat dengan andaian dalam paper internet tentang tarikh dan juga berlakunya kiamat. bagi aku dan apa yang aku belajar dan faham adalah, tarikh sebenar kiamat tiada seorang makhlukNYA yang tahu tarikh sebenar melainkan ALLAH. aku pun jadi kecut perut gak dengan fenomena tersebut.

Tuesday, July 24, 2007

ABANG,KAKAK,ADIK,AYAH,EMAK - ANGKAT =TERANGKAT

isu ni dah banyak kali aku terfikir nak tuelh dan nak post, tapi aku pending jap coz aku n ak pikir bebetul ia ok ke tak tue post.. oleh kerana kita ni ada kaitan dengan isue ni, aku pun try la post..tuk kite sesama memberi pandangan, kerana setiap kite mempunyai pandangan yang berbeza. setiap kite pasti ada akak, abg, adik parent angkat kan..apa motif sebenar kite mengambil atau ada famili angkat ni..benarkah famili angkat yang kite pilih ni banyak membantu kite.ataupun kite ni tak cukup belaian kasih sayang dari famili kandung kite sendiri ke, itulah sebab dan munasababnye kita memilih untuk mencari famili angkat. adakah famili angkar kite ni lebih CARING dari famili kite sendiri..macam pengalaman sahabat kite, bila ditanya mengapa mengambil famili angkat ni, mean die ada seorang kakak angkat la,..die cakap die mengambil kakak angkat ni sebab die anggap cam kakak sendiri dan banyak kakak angkat die tolong die,dan lagi satu bile die dok jauh, dari famili sebenar, die memerlukan ada seseorang yang merangkap ORANG TUA, yang boleh mejaga die time die susah dan juga memerlukan pertolongan...tapi die still paling sayang kat famili kandung die. pagi aku la, bende ni tak perlu wujud dalam kehidupan seseorang, bila die wujud dalam kehidupan seseorang pasti seseorang itu, tidak cukup curahan kasih sayang oleh keluarganya sendiri.that why die cari famili angkat. mungkin familinya berperontakan, atau die sendiri yang cari masalah dengan famili, itu adalah hak induvidu sendiri. tapi bagi aku lebih baik menyayangi keluarga kandung sendiri, dan curahkan kasih sayang sepenuhnya kepada keluarga sendiri, kerana ia akan lebih bermakna dalam kehidupan. lagi satu nak aku berkongsi adalah, time kite ni susah siapa yang akan paling membantu kite dan siapa yang akan menjaga kite dio spital contohnya, memasak makanan untuk kite. aku sekadar mahu berkongsi pandangan sesama kite, yang rata-rata banyak pengalama dan juga banyak ilmu di dada.

Sunday, July 22, 2007

ZAKAT DAN JUGA ORANG YANG BERHAK MENERIMANYA

aku baru terbaca majalah mastika edisi ogos 2007...aku tertarik dengan tajuk ni terjah ke pajabat zakat..isu die menarik.aku pun bila difikirkan balik, memang betul juga apa yang dituleh oleh penulis tentang artikel ini... aku rumus la sedikit pasal apa yang dihuraikan..ia menceritakan bagaimana wartawan pergi ke pejabat zakat dan juga interview pegawai yang handle kat bahagian zakat dan juga interview beberapa org yang layak untuk mendapatkan zakat tersebut, ada yang sudah mendapat zakat dan ada yang belum mendapat zakat dan ada yang tak dapa dapat lagi zakat yang dipohon dengan begitu lama sekali..duit zakat setiap tahun rakyat malaysia membayar, malah kalau diikutkan telah berjuta-juta ringgit dapat dipungut dalam satu tahun sahaja..tapi bila diperhatikan balik masih ada lagi rakyat malaysia yang hidup susah dan melarat, contohnya tengoklah rancangan bersamamu...banyak lagikan rakyat malaysia yang masih terpinggir dengan arus permodenan yang masih tidak mampu nak hidup di bumi sendiri, dimana susah untuk mendapat sesuap nasi sekalipun...bayangkan duit zakat yang diperolehi oleh pejabat zakat berjuta-juta dala setahun, takkan masih tidak mampu untuk menyara keluarga ini dalam sebulen,...bayangkanlah duit untuk menyara satu keluarga adalah RM600 sebulan pejabat zakat cube untuk menampung...mungkin tiada lagi orang miskin dalam negara kita...tapi mungkin duit zakat itu perlu diagihkan ke tempat lain..aku pun tak tahu.. Wallahualam... tapi sejak aku baca artikel tue, aku mula terfikir kemana duit itu pergi..kerana masih banyak lagi orang-orang miskin terdapat di negara ini.. APA PENDAPAT KORANG DENGAN DUIT ZAKAT YANG DIAGIHKAN..BAGAIMANA PULA MASIH ADA LAGI MASYARAKAT YANG DAIF DAN MISKIN..BAGAIMANA PULA DENGAN ANAK YATIM, ORANG YANG TINGGAL DI BAITULMAL YANG TIDAK DAPAT SEPENUHNYA KEMUDAHAN DAN TERPAKSA BERTUKAR TEMPAT KE TEMPAT PERLINDUNGAN BUKAN ISLAM, KERANA PENJAGAANNYA LEBIH RAPI. PEGAWAI-PEGAWAI ZAKAT YANG MENAIKI KERETA MEWAH DAN BERGAYA.. INI HANYA SEKADAR UNTUK BERKONGSI PENDAPAT SESAMA KITE.