Sunday, June 27, 2010

Makan Malam Di Kuching Sarawak

27 Jun 2010 - Jalan Jalan Cari Makan untuk Makan Malam

Sirloin Steak, Yong Tau Foo, Laksa Sarawak

Huuuu..Kesempatan ada masa di Bandaraya Kuching sarawak, aku tidak melepaskan peluang dengan melakukan aktiviti, Jalan Jalan cari makan di sekitar bandaraya Kuching sarawak ini. Bandaraya yang terkenal pelbagai makan dan juga pelbagai tradisi ini. Pada malam ini, aku menjalankan aktiviti mencari makan, tempat yang aku terjah adalah Food Court The Spring. Aku mencuba makanan Sarawak, iaitu laksa sarawak. Ermm rasanya sangat menarik dan juga ia jauh berbeza dengan laksa penang, yang terlalu familiar dengan aku. Selama aku bekerja di sarawak, ini kali pertama aku makan laksa sarawak. Sungguh sedap, tapi kurang pedas la. Banyak betul rasa rempah dan aromanya. Huh, kepada yang belum makan laksa sarwak, aku menjcadangkan supaya mencuba laksa sarwak ni. Memang sedap..Tak rugi kalau merasanya. esok aku nak memperkenalkan pula buah esotik jugalah, kerana buah ini aku tak pernah lihat lagi, selama hidup aku di dunia ini, dan buah yang aku tak pernah dengar namanya..Tunggu yek post esok...Mari kita berkongsi..

1 comment:

Miak Bujat said...

Bro, main bola tampar kat mana? Boleh join tak?