Monday, June 21, 2010

Khilaf

Kehidupan yang didalangi debgan khilaf yang mendalam, memasak di dalam lunuk hati, bukan sesuatu yang pelik bagi makhluk yang bergelar manusia. Hamba yang begitu banyak membuat khilaf, banyak membuat kemusykilan. Dengan berpaksikan panduan hidup, dengan berpandukan pengalaman hidup dengan berpandukan peraturan yang melancarkan perjalanan seseorang hamba yang bergelar manusia.
suasana petang masa balik keje, di miri sarawak

Dimana harus kita mula mengcongak, dimana harus kita mula bertahtih, dimana harus kita mula merangkak, dimana harus kita mula berjalan dan dimana harus kita mula berlari. Fikirkanlah, renungkanlah, dalamilah apa yang termaktub dalah diari kehidupan kita, adakah hanya bergantung kita kepada nasib, adakah bergantung kita kepada tuah, bertuahlah kita kalau apa yang dimpikan menjadi kenyataan, bertuahlah kita kalau apa yang dihajati menjadi genggaman.

Bukan mengomel, bukan nak pasrah, bukan tak bersyukur, cuma pa yang hendak diperkatakan adalah kenapa. Setiap insan terdapat tanda tanya di benak fikirannya. kenapa perlu melakukan kesilapan, kenapa mesti ada kesilapan,..Ya, segala galanya adalah, diri kita, sega galanya adalah kita sebagai manusia, tak lari dari kesilapan dalam melakukan kerja seharian, tak lari dari melakukan kesilapan keatas tingkah laku yang di rancangkan.

Kita dikurniakan dengan nikmat dan kelebihan yang terbaik berbanding hamba yang lain. Kita ada akal, kita boleh guna untuk memikir. Kita ada Hati untuk melengkapkan perasaan. Kita ada kudrat untuk menongkah segala jalan. Aku suke sangat dengan ayat ini..Nak Cium bunga janganlah berdiri di atas durinya.Kita ada akal untuk berfikir, jadi cubelah kita fikir..tak salah untuk berfikir, tak salah untuk buat keputusan dan tak salah untuk melakukan kesilapan.

Aku suke ambil kata kartunis kegemaran aku, iaitu Aie - 
"Tiada siapapun inginkan kesedihan tak siapapun mampu untuk bersugul di sepanjang jalan kehidupan"
anak sedara yang aku sayang

Punjunk minta maaf sahabat, kawan kawan, emak, ayah, abang, kakak, adik etc, kerana punjunk banyak melakukan kesilapan..

No comments: