Monday, June 21, 2010

Picisan Kosong

Aku sering dinasihatkan dengan keluarga tetantang kehidupan. Dari aku budak-budah, zaman remaja, sehinggalah ke zaman dewasa, elemen penting yang diterapkan dan dinasihatkan adalah jaga tingkah laku kita, walaupun di tempat sendiri inikan pula tempat orang. Aku masih terngiang lagi suara kasar ayah, selalu tanyakan aku dan selalu serkap jarang terhadap perbuatan aku, semasa aku alam remaja. Mana tak nya, selalu keluar malam, tak kira sekolah ke idak, selalu sangat jarang di rumah. Aku ni degil, susah sangat nak ikut cakap mak cakap ayah. Ayah kekadang sampai tak tahan nak nasihati secara lembut, dia nasihati secara kasar. Kene pukul dengan ayah memang sudah menjadi kebiasaan bagi aku. Sakit dibuatnya, kene rotan, ketuk kepala n macam macam. Aku paling takut apabila ayah pegang kayu. Aku selalunya lari bila ayah nak pukul, nak aku akan merajuk,, aku akan keluar umah, dan lepak kat mana yang aku suke. Aku tak dapat terima ayah selalu memarahi aku, mengherdik aku memukul aku. Aku sangat benci ngan ayah. Tu la, sebahagian aku dengan ayah.
Mak aku lagi la, selalu berleter, selalalu bagi ceramah, selalu pukul. Apa yang aku buat, semuanya salah.Sampai satu tahap, aku sampai membalas balik apa yang mak aku cakap.Aku tak tahu betul ke mak aku sayang aku, kerana, apa yang aku buat salah, adik aku pula semuanya tak salah.Aku tak faham dengan perangai mak aku.Tu la zaman kanak kanak dan remaja aku bersama mak dan ayah.
Pada masa sekarang, bende zaman kecik dah jadi dendam dalam hidup aku, dah jadi sebati dalam hidup aku. Entah kenapa aku perlu berdendam semua ini. Aku menjadi pendiam di kalangan keluarga, walaupun kekadang aku balik kampung, keluarga aku menyambut aku dengan sempurna, tetapi dengan perangai aku yang pendiam, keadaan yang gembira menjadi berubah, aku jarang bercakap di rumah, atau apabila bertemu dengan sanak saudara dan juga adik beradik.Mungkin ini disebabkan oleh kesan alam kanak kanak aku. Aku sangat sayang mak dan ayah aku.
Mak Ayah, abg zam selalu ingat mak ayah, abag zam tak dapat luahkan dengan kata kata, cukuplah sekadar penyejuk hati abg zam dengan mencium tangan dan mengucup pipi mak dan ayah.Abg zam akan sentiasa ingat pesanan mak dan ayah..

KEPADA AYAH..SELAMAT HARI BAPA...

maffkan sifat kejahilan abg zam








No comments: