Monday, June 21, 2010

Sekadar Untuk Berkongsi

Bagaimana caranya nak bangkit dari masalah dalam bisnes ? gunakan 7 langkah yang disyorkan ni..

1. Banyak membaca

2. Jangan lari dari masalah.
Hadapinya dengan tenang dan berhemah


3. Selesaikan masalah yang kecil dulu.
Kemudian baru dituruti yang besar, step-by-step.
4. Tulis segala masalah yang anda hadapi di atas kertas.

5. Banyak hutang?
Senaraikan semua hutang anda dan sesiapa yang pernah berhutang dengan anda. Jangan malu untuk meminta semula wang anda.

Minta pihak yang berhutang membayar semula hutang mereka. Walaupun tak banyak tapi membantu meringankan beban waktu terdesak.

6. Apabila anda sedang mengalamai kejatuhan atau sedang di landa masalah maha hebat, buat apa saja yang terbaik untuk gembirakan hati.

Cari .. aa, apa nama (stail Dr M) kekuatan dalam diri anda. Cari kawan untuk meluahkan masalah. Walaupun dia buat-buat tak dengar, luahkan saja.

Jangan pula lari daripada kawan atau mengelak, kononya malu. Waktu inilah anda tahu siapa kawan sebenar dan siapa lawan. Mungkin mereka boleh membantu anda.

7. Jika masalah bisnes yang sedang anda hadapi itu boleh di atasi sedikit demi sedikit, anda akan menjadi lebih yakin dan menjadi pakar dalam bidang atau bisnes yang anda ceburi itu.

Jangan anggap semuanya mudah. Buat sendiri semuanya dari sekecil-kecil tugas.

Kerana dari situ, anda akan dapat belajar. Jika anda sentiasa memandang remeh kerja yang diterima dan memperlekehkannya, sampai bila-bila pun anda takkan dapat belajar benda baru.

Attitude, Ilmu Dan Skill Yang Dipelajari Dari Pengalaman Itulah Yang Menjadi Bekal Ke Mana Sahaja Anda Pergi.


Apabila masalah yang anda hadapi sudah selesai dan anda sudah agak stabil, ingat 3 panduan ini :

1. Tumpukan perhatian.
Apa saja perniagaan yang anda ingin ceburi atau yang ingin anda mulakan sendiri, paling penting ialah FOKUS.

2. Sasarkan Matlamat - Had masa.
Sasarkan tahap pencapaian mengikut jangka waktu yang spesifik. Misalnya dalam tempoh 5 tahun, 10 tahun dan seterusnya, tetapkan apa yang harus dicapai.

3. Lakukan Apa Yang Anda Tahu.
Jangan bazirkan masa dengan belajar benda yang anda tak tahu dan tak mahir langsung, kalau ia tak berapa penting untuk perkembangan bisnes anda.

Lebih baik, anda mahirkan diri dengan semua yang anda tahu. Asah skill anda sehabis baik. Bila ini berlaku, anda akan menjadi semakin hebat kesan daripada itu.

4. Segera buat keputusan .
Jangan termanggu-manggu, bertangguh atau nak tunggu dulu, ia akan terbiar hingga merebak dan membesar, parah jadinya! Seperti juga kanser, lagi dibiar, lagi merebak!

5. Cepat dan berani bertindak.
kalau anda merasa takut apa yang anda lakukan itu tak berhasil, hilangkannya dengan BERANIKAN diri.

No comments: