Saturday, July 31, 2010

Tempat Jatuh Lagi Dikenang

Kadang-kadang bila kita kesunyian, apa yang otak akan fikirkan adalah zaman kita jatuh bangun, tempat bermain..Tempat membesar...Terasa sayu di hati bila terkenangkan semua yang telah berlaku dan sedang berlaku dan akan berlaku..Walau jauh mana jarak kita, walau sejengkal mana tempat kita berada..Tempat jatuh tetap lagi di kenang..
My Love..My Hometown..ada 2 pic , pic langkawi view..hehhehe

Sunday, July 11, 2010

Perlawanan Akhir Piala Dunia 2010

Holland VS Spain
12 Julai 2010
2.30 pagi (waktu Malaysia )
Stadium Soccer City Johannesburg, Africa Selatan




Negara manakah yang akan menjuarai piala dunia tahun 2010..Huhuuhu, kalau tanya aku, pasti lah pasukan pilihan aku Holland...

Mendakap Impian

Perjalanan hidup manusia bukan hanya terletak pada diari kehidupan semata-mata. Ia juga berdasarkan congakan dan juga perancangan yang diatur, sama ada perancangan yang diatur begitu rapi atau tidak, impian tetap menjadi tunjang utama dalam menongkah arus kehidupan. Hidup bukan sekadar untuk bermimpi, hidup haruslah mempunyai impian. impian yang hendaak dicapai mestilah mempunyai mimpi yang sempurna.

Tidak pernah terlintas dalam fikiran bagi makhluk yang berakal untuk hancurkan sutiap impian. cuba dan terus mencuba, tanpa mengenal erti jemu, dan perlu bangun dari jatuh yang mengalpakan. Datang dan pergi masa, tidak akan bertukar dan berganti, namun dalam masa yang diberikan perlulah guna dan juga isikan dengan pelbagai penghargaan. Bukan mengecap kemakmuran yang dipilih, namun kebahagian dan kepuasan yang ditagih.

Bagiku, pada masa sekarang, bukan menjadi suatu kepuasan yang aku ada sekarang, aku masih perlu mencongak erti kehidupan, aku perlu berlatih mencari maksud kemenangan, aku perlu belajar erti kepuasan. Sungguhnya segalanya yang aku miliki sekarang belum tentu menjanjikan kanvas untuk menutup kebocorang dinding kehidupanku. Aku bersyukur, aku redha, aku pasrah, aku terima,...tapi aku akan terus berusaha, sampai aku tidak mampu untuk berusaha. Bukan maksudku untuk menyakiti hati sesiapa dalam mengejar impian, bukan untuk mendalihkan apa yang ditetapkan, ..Aku ada akal, aku ada fikiran, aku ada matlamat, aku ada kesungguhan, aku juga ada kuderat, tak salah kalau aku cuba membuka pekung didada, tak salah aku menjadi lalang yang hanyut dibuai angin, dan tak salah aku menjadi daun keladi yang bongkak menerima air menjirus diri..Haruskan aku...

Menerima, bukan cukup bagiku. Aku lebih suka kalau aku berusaha menerima..

Saturday, July 10, 2010

Sahabat

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada
CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya.


Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu
ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik
semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau
cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.


CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu.
Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin
naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh
perahu.


"KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong saya!" teriak CINTA.


Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh! Maaf, CINTA!" Perkataan KEKAYAAN.


"Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Saya tak dapat membawamu serta,
nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku
ini. "Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA
tenggelam.


CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan
perahunya.


"KEGEMBIRAAN! Tolong saya!", Teriak CINTA.


Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana ia menemukan perahu
sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA
sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.


"KECANTIKAN! Bawalah saya bersamamu!", Teriak CINTA.


Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor. Saya tak boleh
membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini. "Sahut KECANTIKAN.


CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa
kesalahanku, mengapa semua orang melupakan saya. Saat itu lewatlah KESEDIHAN.
Lalu CINTA memelas, "Oh, KESEDIHAN, bawalah saya bersamamu", kata CINTA.


Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Saya sedang sedih dan saya ingin
sendirian saja ...", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.


CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA
terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepada
Tuhannya, oh tuhan tolonglah saya, apa jadinya dunia tanpa saya, tanpa CINTA?
Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke
perahuku! "


CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih
panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu,
tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu
menurunkan CINTA dan segera pergi lagi


Pada saat itu barulah CINTA sedar, bahawa ia sama sekali tidak mengetahui siapa
orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada
seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.


"Oh, orang tua tadi? Dia adalah" WAKTU ", kata orang itu.


Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Saya tak mengenalnya.
Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku ", tanya CINTA heran.


"Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah
CINTA itu ......"

Merawat Luka Terpendam

Hidup, adalah satu journey yang terlalu panjang dalam ketaksuban dan singkat dalam keertian. Bukan mudah untuk merealisasikan dalam masa yang diberikan untuk menjadikan segala apa yang diimpikan. Sedar atau tidak masa begitu pantas. Terlena atau tidak, hari dah berganti. Tersedar atau tidak, waktu dah pagi. Apa yang dikejar hari ini belum tentu diperolehi. Kuatkan semangat tabahkan hari, bukakan minda, lapangkan dada jernihkan jiwa murnikan prasangka. Aduh  dah merepek aku ni..terlalu melankolik sangat..hehehh

Perasaan manusia memang sukar digambarkan, hanya sendiri dapat merasa, hanya diri dapat percaya. Sunyi, sepi, sedih, kecewa, gembira dan suka, semuanya  hanya kita sahaja yang mampu merasai dan memahami. Abad 21 bukan sesuatu yang mustahil, segalanya boleh dimeterai. Kepercayaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilekatkan dalam kotak diri. Kepercayaan wujud dalam pelbagai situasi dan suasana yang sangat jauh berbeza. Kenapa perlu diletakkan kepercayaan kalau segalanya sudah tidak dipercayai. Bukan senang untuk menyenangkan perkaran yang tersedia senang. Apa yang ada sekarang hanya perlu tabah, tak perlu lagi mengharap, tak perlu lagi meletakkan kepercayaan. Hidup mesti diteruskan, kasih masih perlu dipanjangkan, sayang harus dilebarkan..

Sunday, July 4, 2010

Kejohanan MAKSAK Sarawak 2010 - Kejohanan Berkhir

3 Julai 2010 - Kejohanan berakhir..
Hari ini merupakan hari terakhir, penentuan tempat ketiga dan keempat pada pukul 5 ptg, tempat pertama dan kedua pukul 7 ptg..Huhuhu..
keputusan
1st place = PDRM
2cd place = Pendidikan
3rd place = Medical (team aku le)
tempat ketiga dan keempat Medical vs LHDN

 Antara aksi aksi perlawanan