Saturday, July 10, 2010

Merawat Luka Terpendam

Hidup, adalah satu journey yang terlalu panjang dalam ketaksuban dan singkat dalam keertian. Bukan mudah untuk merealisasikan dalam masa yang diberikan untuk menjadikan segala apa yang diimpikan. Sedar atau tidak masa begitu pantas. Terlena atau tidak, hari dah berganti. Tersedar atau tidak, waktu dah pagi. Apa yang dikejar hari ini belum tentu diperolehi. Kuatkan semangat tabahkan hari, bukakan minda, lapangkan dada jernihkan jiwa murnikan prasangka. Aduh  dah merepek aku ni..terlalu melankolik sangat..hehehh

Perasaan manusia memang sukar digambarkan, hanya sendiri dapat merasa, hanya diri dapat percaya. Sunyi, sepi, sedih, kecewa, gembira dan suka, semuanya  hanya kita sahaja yang mampu merasai dan memahami. Abad 21 bukan sesuatu yang mustahil, segalanya boleh dimeterai. Kepercayaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilekatkan dalam kotak diri. Kepercayaan wujud dalam pelbagai situasi dan suasana yang sangat jauh berbeza. Kenapa perlu diletakkan kepercayaan kalau segalanya sudah tidak dipercayai. Bukan senang untuk menyenangkan perkaran yang tersedia senang. Apa yang ada sekarang hanya perlu tabah, tak perlu lagi mengharap, tak perlu lagi meletakkan kepercayaan. Hidup mesti diteruskan, kasih masih perlu dipanjangkan, sayang harus dilebarkan..

No comments: