Sunday, July 11, 2010

Mendakap Impian

Perjalanan hidup manusia bukan hanya terletak pada diari kehidupan semata-mata. Ia juga berdasarkan congakan dan juga perancangan yang diatur, sama ada perancangan yang diatur begitu rapi atau tidak, impian tetap menjadi tunjang utama dalam menongkah arus kehidupan. Hidup bukan sekadar untuk bermimpi, hidup haruslah mempunyai impian. impian yang hendaak dicapai mestilah mempunyai mimpi yang sempurna.

Tidak pernah terlintas dalam fikiran bagi makhluk yang berakal untuk hancurkan sutiap impian. cuba dan terus mencuba, tanpa mengenal erti jemu, dan perlu bangun dari jatuh yang mengalpakan. Datang dan pergi masa, tidak akan bertukar dan berganti, namun dalam masa yang diberikan perlulah guna dan juga isikan dengan pelbagai penghargaan. Bukan mengecap kemakmuran yang dipilih, namun kebahagian dan kepuasan yang ditagih.

Bagiku, pada masa sekarang, bukan menjadi suatu kepuasan yang aku ada sekarang, aku masih perlu mencongak erti kehidupan, aku perlu berlatih mencari maksud kemenangan, aku perlu belajar erti kepuasan. Sungguhnya segalanya yang aku miliki sekarang belum tentu menjanjikan kanvas untuk menutup kebocorang dinding kehidupanku. Aku bersyukur, aku redha, aku pasrah, aku terima,...tapi aku akan terus berusaha, sampai aku tidak mampu untuk berusaha. Bukan maksudku untuk menyakiti hati sesiapa dalam mengejar impian, bukan untuk mendalihkan apa yang ditetapkan, ..Aku ada akal, aku ada fikiran, aku ada matlamat, aku ada kesungguhan, aku juga ada kuderat, tak salah kalau aku cuba membuka pekung didada, tak salah aku menjadi lalang yang hanyut dibuai angin, dan tak salah aku menjadi daun keladi yang bongkak menerima air menjirus diri..Haruskan aku...

Menerima, bukan cukup bagiku. Aku lebih suka kalau aku berusaha menerima..

No comments: