Saturday, November 21, 2009

SELECTION VOLLEYBALL UNTUK MEWAKILI MIRI SARAWAK

Tarikh 21 - 22 November 2009
Tempat : gelanggang Futsal Taman Perpaduan Mesra Piasau Phase 2
Jam : 7.30 pagi - 6.00 petang
Kiraan Mata 21 mata
Anjuran : kelab perubatan Sarawak, Cawangan Miri
Pasukan : 10 orang peserta ( 6 orang pemain di padang dan 4 simpanan )



Teringat Dream Team aku di Langkawi

Ha,nak kongsi dengan semua, dah lama aku tak masuk mana-mana pertandingan Bola Tampar ni. Ye la, mau nya tak lama, sejak lapor diri danbekerja di miri ni, tak banyak pertandingan yang ada dan aku juga tidak mengenali lagi pemain-pemain Bola Tampar disini. Aku ada bermain Bola Tampar di Balai Bomba disini, tu pun main seminggu dua kali ja, berbanding dengan aku di Langkawi dulu, boleh dikatakan setiap hari aku bermain bola tampar, cukup orang ke tak cukup orang ke, aku tetap turun main, bukan ape, sebab aku minat untuk bermain bola tampar dan juga untuk bersukan dan mengeluarkan peluh.

Berbalik kepada Selection atau pemilihan untuk mewakili Miri, aku rasa peluang aku sangat cerah la, bukan aku sombong taau meninggikan diri tentang kelebihan aku, tapi itu yana aku nampak la. Kalau aku dapat pemilihan ini, aku akan mewakili Miri tuk pertandingan Negeri Sarawak di Kuching pada 5 dan 6 disember 2009 nanti. Aku harap aku dapat la pemilihan tersebut. apa yang aku rasakan aku ada peluang cerah untuk dapat mewakili Miri adalah kerana, esok pun aku kena jadi pengadil,hahahahah.

Dua ari pemilihan untuk pemain, tapi aku tak kenal sangat dengan team aku, kerana aku tak penah kenal diorang, diorang yang jemput aku menyertai. Aku pun tak pernah bermain dengan mereka. Macam mana lah mereka bermain, aku pun tak pasti, rasa aku pasti tunggang langgang la..hahahah..redha je la esok. esok pagi-pagi buta game dah start, so aku kene gerak awal la, bukan aku exited, cuma aku bertanggungjawab sebagai pengadil. Pukul 7 pagi game start.

Bercakap pasal pengadil ni, aku tak penah jadi pengadi. Masa kat Langkawi pun, bila time aku jadi pengadil ja, pasti member- member aku protes, kerana apa, sebab aku ni tak yakin dengan apa yang aku buat keputusan, habis tue kena maki hamun la. Lagipun aku bukan ada pengalaman jadi pengadil ni. Cuma petang petang masa main aku jadi pengadil, lagipun aku tak minat sangat jadi pengadil. masa kat Langkawi dulu pun aku tak sempat nak memasuki atau menghadiri kursus Pengadil untuk Bola Tampar, sebab tak sempat, memang aku plan nak masuk, tapi masa tak mengizinkan. Sebab aku kene tukar ke Miri Sarawak ni la, aku tak sempat masuk kursus tu, ada dua kursus plak tu, dimana kursus pengadil Bola Tampar apntai dan juga Kursus Bola Tampar biasa, kalau tidak sudah tentu aku boleh buat duit dengan menjadi pengadil. rezeki tak dak la, namanya tue.


Dapat juga aku Harumkan Langkawi

Tentang tempat yang akan aku pergi esok pun adalah satu issue gak, bukan apa, aku tak pernah pergi pun tempat tu, dan aku tak tau pun jalan nak p tempat tue. Maknanya esok aku main redah je lah pergi ke tempat tue, harap-harap jumpalah tempat yang aku cari.

Aku tak minat sangat la, nak jadi pengadil kerana, letih berpanas, pastu plak nak kene sentiasa ada dalam padang. Huh letih tu. Untuk pengetahuan semua, game aku pada yang kedua. Manaknya main tak terlalu awal sangatla, cuma, aku kena jadi pengadil masa awal tue. Herrm..Tak tahu la apa akan jadi,bila aku jadi pengadil, aku pun bukan tahu sangat peraturan Bola Tampar dan juga Signal.

Redha jelah yek esok.

3 comments:

zul890 said...

salam..bila gi da main volleyball..boleh join x?-contect kat fb la..xamyzx@yahoo.com(Zulhilmi Hyader)

norsarihan said...

Apa pun tak boleh panjang nih hahahaha. Tu la dok elok2 main kat maktab asyik tak cukup orang ja....apa pun tak boleyyyy. Main ja la kat bomba seminggu 2 kali kalau ujan gigit jari hahaha

norsarihan said...

Bila ang buat blog ni? Ni kena bgtau geng2 lain ni. Jgn lupa frenly team medical dgn team pskpp terbaeeeekkk