Saturday, November 21, 2009

Keputusan Pertandingan Bola Tampar Miri

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR LELAKI / WANITA
ANTARA UNIT DAN SEKSYEN
ANJURAN KELAB PERUBATAN NEGERI SARAWAK CAWANGAN MIRI
PADA : 21 - 23 NOV 2009
TEMPAT: GELANGGANG FUTSAL TAMAN PERPADUAN MESRA, PIASAU PHASE 2
JAM 7.00 PG HINGGA 6.00 PETANG.
TAHAP KEBESTSAN PLAYER : 2 BINTANG DARI 5 BINTANG
TAHAP KEBESTSAN PERMAINAN : 1.5 BINTANG DARI LIMA BINTANG

Final : LAB vs DMO ( 21 - 10 ), ( 17 - 21 ) dan ( 15 - 12 )
Tahniah kepada DMO

Ni aku nak kongsi keputusan perlawanan dan juga pemilihan untuk mewakili Miri ke Pertandingan Bola Tampar Kementerian Kesihatan Sarawak. Aku mewakili team LAB. Memang rezki kami untuk menduduki tempat kedua,iaitu naib johan. bestnya dapat juga tempat kedua, tak sangka aku, aku tak pernah pun bermain dengan mereka semua, dan tak kenal pun selama ni, tapi diorang jemput aku untuk bermain dengan team diorang, ok jugak kan.

Nak ikutkan tahap pemain dan juga permainan, tak begitu memberansangkan lah bagi aku, boleh dikatan semua pemain yang bermain kali ini, tak kira mana-mana team sekalipun, sunggun tidak best dan tahap mereka masih lagi baru nak belajar bermain. Apa yang aku maksudkan baru nak belajar bermain ini merangkumi, baru nak belajar diging yek. Spike tu, janagn harap la, tak reti main langsung. aku pun malu gak nak main ngan diorang, ye la nanti cakap apa pulak kan. Tapi aku nak naikkan semangat diorang bermain dan juga, biasa lah niat aku dalam bole tampar ini adalah untuk kenal antara satu sama lain, dan juga mendapatkan member,macam yang aku penah lakukan di Langkawi dulu.

Aku ujuga menjadi pengadil untuk pertandingan ini, korang semua boleh fikir sendiri la, macam mana status pertadingan ni yek. Dan aku juga diberi mandak untuk memilih pemain mewakili Miri iaitu Hospital Miri untuk menyertai pertandingan Antara Hospital di Sarawak, iaitu pada 5 dan 6 Disember nanti, dimana pertandingan akan dijalankan di Sarikei. Semua pemain untuk mewakili Hospital Miri, aku yang pilih, tak kira perempuan mahupun lelaki. Lengkap satu pasukan aku piih lelaki dan juga perempuan.

Aku juga diberi mandat untuk melatih mereka bermain bola tampar dan juga sebagai mentor diorang. Tak tahu la, macam mana,aku sesuai tak untuk melatih mereka. aku bukan nya pandai untuk melatih orang ni. Tapi aku akan cuba la, bukan apa untuk persediaan merekan akan menyertai pertandingan tersebut nanti.

Tapi untuk pengetahuan semua, aku tak dapat menyertai mereka untuk pertandingan bola tampar tersebut. Nak tahu mengapa aku tak dapat menyertai pertandinga tersebut, tunggu aku akan masukkan dalam post yang akan datang.

Untuk gambar pertandingan, aku akan masukkan juga. Tengok lah bagaimana aku melakukan Jumping Serve.





2 comments:

Ly2da Lim said...

kenapa x sesuai??? knp org lain boleh buat?? kita x boleh.. di miri blh jumpa org yang boleh kita ajar... percaya dengan saya.. bila saya balik miri, saya ajak kamu g main kat tempat yang ada orang main... k caya dengan diri anda..

punjunk said...

ok set linda..nanti kita jumpa ya