Monday, October 19, 2009

INSAN





*NAK SUSUN GAMBOR PUN TAK RETI DAH
sebenarnya dah lama aku tak wat post baru dalam blog aku ni...sebenarnya ku pun cam dah tak larat lagi nak wat citer n menulih kat sini,...tapi nasib ari ni aku ada masa sedikit...bukan ape, aku pinjam laptop pakcik yang aku tumpang dok umah dia ni...tumpang sementara, sampai aku dapat umah sewa...hermmmm...aku telupa plak nak bagi tau semua yang aku dah bertukar tempat kerja dan sekaligus bertukar tempat bertugas lah...aku sekarang tidak bekerja di langkawi lagi..aku bekerja kat sarawak sekarang...hehehe...sory kekawan yang baru dapat tahu, coz aku telupa nak bagi tau yek...aku minta maaf lah yek...
semua tertanya kot nape aku pilih tajuk insan ni..ye lah, sape yang tahu tentang blog aku ni, pasti dia dapat tangkap apa yang terkandung dalam pemikiran aku ini..ye la blog aku hanya sekadar picisan biasa untuk luahkan segala apa yang berada di benak fikiran ini... sebenarnya tujuan aku menulis atau meletakkan tajuk dalam artikel terbaru aku ini adalah kerana aku mengenangkan sahabat yang aku anggap sebagai kawan, teman, adik, sedara, famili...
yang aku maksudkan adalah seorang insan yang tidak lekang di ingatan aku sehingga kini..insan yang bernama ADIB NOOR B ABDUL TALIB, satu nama yang pernah bermain di fikiran aku takkala aku ada masalah dan juga merupakan tempat bertukar pendapat dan luahan rasa tidak puas hati, tempat aku mendapatkan motivasi dan tempat aku bergaduh..
14 SEPTEMBER 2009, satu tarikh yang aku tak dapat lupakan kerana pernya seorang sahabat,rakan,sedara,kawan ke rahmahtullah...aku tidak menyangka begitu cepat sekali beliau pergi.aku sungguh sekali tidak menyangka pemergian beliau..aku sempat berbual di talifon dengan arwah sebelum arwah pergi wat selamanya...perbualan itu berlaku seminggu sebelum arwah pergi buat selam lamanya..dalam ketika itu, aku berada di sarawak, dan bersiap untuk balik kedah pada 4 Sep 2009, aku tidak memberitahu arwah yang aku akan balik ke semenanjung wat sementara, kerana aku ada kes yang belum selesai di tempat kerja lama..dalam perbualan tersebut, arwah ada menyatakan bahawa memesan aku membelikan table runner untuk mak arwah di kampun, kata arwah, table runner di sini murah, iaitu di sarawak..aku cakap kat arwah yang aku tak balik lagi, padahal aku telah menipu arwah...tapi arwah menyatakan hasrat, nanti kalau balik tolong belikan table runner uuntuk mak dia, coz kenapa arwah begitu beria ia sangat nak beli table runner kerana, lagi 2,3 minggu lagi bakal menyambut hari raya puasa, masa sekarang adalah mood hari raya..
aku caap yang aku akan belikan mungkin tahun hadapan kerana, aku akan balik pada tahun hadapan..itulah janji terakhie aku berjanji dengan arwah...InsyaAllah aku akan tunaikan janji yang telah aku buat, dan arwah macam berharap sangat aku belikan table runner untuk mak dia...
sebelum aku datang ke sarawak, iaitu sebelum aku melaporkan diri disini, dimana tarikh aku lapor diri pada 3 ogos 2009..
arwah telah datang ke langkawi pada 1 dan 2 ogos semata-mata untuk menghantar aku ke sarawak dan mengucapkan selamat tinggal kepada aku wat kali terakhir..aku tidak menyangka bahawa itu;ah perjumpaan yang terakhir aku bersama arwah...memang aku tidak menyangka langsung,...aku juga tidak menyangka bahawa dia sanggup datang ke langkawi semata-mata untuk berjumpa aku wat kali terakhir..
dalam perjumpaan yang singkat tue, banyak cerita yang kami bualkan mengenai kehidupan masing-masing...banyak cerita sangat,...aku langsung tak menyangka bahawa dia sudah tiada..
banyak kenangan aku bersama dia...tah la, terlalu banyak sangat, dari zaman belajar hinggalah habis belajar....

2 comments:

SAMM said...

abg. sam jeles gan abg.
abg leh jmp adib. sam plak xdpt
adib nak table runner erk?
huhuhu
*xtau cm ner nak ckp*
sam sdh bile bce abg pnyer blog ni.

punjunk said...

sam tak tahu..kami dah mcm adik beradik..apapun masalah, pasti dikongsi..abg kalau g kl pasti jumpa dia, setahun sekali pasti arwah n akie n abg ppunjunk plan lepak n bercuti...so sweet that timenye memori..