Thursday, April 17, 2008

faizal tahir

ini adalah artikel yang aku nak tulis, berkisarkan faizal tahir. penyanyi yang mempunyai bakat besar dalam industri muzik tanah air, sudah bebas dari tempoh sekatan untuk bergiat aktif. dia kini dah kembali seperti penyanyi biasa sebelum ini. aku cuma harap dia akan lebih berwaspada dan terus memajukan industri muzik malaysia yang ketandusan penyanyi seperti dia dan berbakat besar. TEMPOH tiga bulan mungkin dianggap singkat bagi pesalah menjalani hukuman tetapi bagi Faizal Tahir, ia sudah cukup mengajarnya mengenai disiplin diri ke arah menjadi artis contoh pada masyarakat. Semalam, wajah Faizal muncul semula di televisyen selepas hukuman tatatertib yang dikenakan ke atasnya tamat. Apa yang lebih menarik perhatian, kemunculan semula Faizal ini diberi peluang istimewa apabila sejak awal pagi, Faizal tampil dalam slot khas, Super Faizal di Hot FM dan kemudian ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Sambil bercerita pengalaman dilalui selama tiga bulan sepi tanpa sebarang persembahan yang disiarkan di televisyen, Faizal menyatakan perasaan bercampur gembira, terharu dan bersyukur atas peluang kedua yang diberikan kepadanya. “Sejujurnya, saya berasa sangat terharu apabila diberi peluang aktif semula dalam bidang nyanyian apatah lagi diberi kesempatan muncul dalam program istimewa di radio dan televisyen pada hari ini. Sebenarnya saya tidak menyangka peluang sebegini diberikan kepada saya dan tidak salah untuk saya menitiskan air mata dengan layanan istimewa ini. “Pastinya, dalam melalui kehidupan seharian sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada membuat kesilapan tetapi tidak semua kesilapan yang dilakukan diberi peluang kedua seperti saya. Dengan kerja amal yang saya lakukan dalam tempoh menjalani hukuman itu, saya berasa sangat bersyukur dengan apa yang saya miliki dan peluang melakukan kerja amal ini satu pencapaian membanggakan buat diri saya,” katanya. Faizal mengakui pembabitannya dalam kerja amal sepanjang tempoh itu seperti melawat rumah orang tua dan anak yatim memberi peluang pada dirinya insaf dengan kesusahan dan kekurangan orang lain. “Ketika menjadi artis, saya rasakan masa membuat kerja amal ini agak terhad tetapi selepas terbabit sendiri melihat kehidupan sebenar mereka, ia benar-benar menginsafkan dan saya berazam untuk meneruskan kerja amal ini pada masa akan datang. Biar sesibuk manapun jadual seni, paling kurang saya akan meluangkan masa sekali sebulan membuat kerja amal ini. “Saya melihat usaha dalam membantu anggota masyarakat yang kurang bernasib baik ini satu tanggungjawab yang harus saya laksanakan. Tidak perlu apabila dikenakan hukuman, barulah kita tergerak untuk membuat kerja amal sedangkan aktiviti ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. “Hukuman yang saya jalani ini juga mungkin dilihat sebagai hukuman Tuhan kepada saya untuk menyedarkan saya dengan kesenangan yang saya peroleh selama ini. Jika kita merasakan hidup kita susah sebenarnya ada lagi orang lain yang lebih susah kehidupannya dan mungkin juga kesusahan mereka sampai bila-bila. “Namun, dengan sokongan keluarga, rakan-rakan dan peminat sekeliling yang tidak jemu menyokong saya, saya berasa diri masih dihargai. Sejak awal saya bangun pagi tadi, perasaan saya menjadi gemuruh kerana berpeluang muncul dalam program siaran langsung. Saya merasakan diri umpama banduan yang baru keluar dari penjara dan saya akui hukuman diterima ini pengajaran besar dalam hidup saya,” katanya.

No comments: