Friday, October 30, 2009

AkU

Tempat kerja  baru aku kat Miri Sarawak

Aku nak tulis ape ek, dalam post ni.Sebabenarnya aku tak tulih lagi tajuk untuk artikel ni, aku just tulis dan karang jer dulu..Apa cerita yang aku nak ceritakan dan kongsi kat sini ek. Selama aku keje kat sini, aku terlalu DAIF dengan diri aku. Apa yang aku katakan DAIF ini untuk diri aku. Ha ni la aku nak ceritakan dan kongsi kat sini.


Sebelum ini aku merasakan , aku terlalu faham dengan dirti aku, aku rasakan apa yang aku minat dan hajatkan itulah minat aku, dan aku tidak sangkal dengan dengan keputusan diri aku.Yela aku dah faham sangat diri aku in, aku yakin sangat tentang diri aku  dan apa yang aku hajatkan. Mungkin itu dulu,,..Ye la dulu..


Tah la, mungkin nasib selalu menyebelahi aku selama ini,. Apa yang aku maksudkan nasib selalu menyebelahi aku, ha, ini kerana apa yang aku hajatkan dan apa yang aku inginkan semuanya boleh dikatakan tercapaila. Ye la sejak dari aku kecik lagi apa yang aku minta, boleh dikatakan aku akan dapat la..Tapi bukan aku anak manja tau, tapi tak tahu lah nak cakap camna, coz aku ni mungkin degil kot.

Tah lah, nasib selalu la menyebelahi aku, Syukur Alhamdulilah atas semua kurniaaNya ke atas aku. Aku terima dengan seada nya. Apa yang aku nak cakap kan mengenai aku yang agak selesa dan juga sering kali dikurniakan rezki yang melimpah ruah, dan apa yang aku hajatkan selalunya aku akan dapat. Bukan semua ini datang dengan bergolek, tapi dengan usaha la, kalau semua benda ni datang dengan bergoleh, kalau macam tue semua tak nak usaha, just duduk rumah minta jer apa yang dihajatkan.

Apa yang aku nak ceritakan di sini adalah mungkin aku, terlalu banyak mengharap dan juga terlalu banyak mengejar dan terlalu fikir yang aku ni faham sangat mengenai diri aku. Sampailah aku bekerja di Miri ni, baru la aku mula mengenali sedikit demi sedikit tentang diri aku, aku mula menegnal siapa aku, aku mula mengerti siapa MOHAMMAD NIZAM MAHMUD yang sebenarnya. selama ini aku sematkan dalam hati yang aku akan mengejar apa yang aku minat dan apa yang aku hajatkan, Sampai kekadang aku tidak merasa nikmat semasa yang aku ada dan aku tidak bersyukur dengan nikmat semasa yang aku ada.

Ye lah, kata orang terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Maybe aku terlajak kata kot dan juga terlajak membuat keputusan, tapi takpa...aku akan ingat ini HIDUP MESTI ADA PERUBAHAN, DAN KITA MESTI BERANI UNTUK BERUBAH DAN TERIMA PERUBAHAN BAIK...ATAU BURUK.....

Memula aku banyak rasa menyesal, dan celaru dengan kehidupan aku pada masa akan datang. aku mesti berani dengan apa yang aku ambil dan buat keputusan. aku nak tempuh segala masa yang berlaku dengan redha dan tawakal kepada Allah SWT,ke atas apa yang telah dikurniakanNya kepada aku. Mungkin buat masa ini aku merasa menyesal dan bersalah, tapi ini mungkin andaian aku untuk masa yang singkat. aku akan cuba usahakan apa yang ada pada diri aku dan apa yang telkah aku putuskan agar menjadi lebih baik, dan dapat menempuhi liku-liku kehidupan ini dengan tenang dan aman dan juga dapat berjaya dalam apa keputusan yang aku buat.

Aku harap sesiapa yang membaca blog ini, dapat mendoakan aku agar aku dapat berjaya di masa akan datang.

DALAM SEKELIP MATA SAHAJA, SEDAR ATAU PUN TIDAK, HARI INI AKAN MENJADI SEMALAM, ESOK AKAN MENJADI HARI INI DAN SETERUSNYA, MASA AKAN  BERGANTI DAN KITA AKAN MENJADI SEMAKIN MATANG.....SEMALAM AKAN TETAP MENJADI INGATAN...


2 comments:

Syanish said...

Insyaallah...jika ada kemahuan dapat la apa ko hajati tu...kena cekal dan usaha ke arah masa depan yg cemerlang..huhu...ni semua pengalaman yang perlu kutip dan sisipkan di masa akan dtg dan yang kita boleh cerita pada anak cucu kita nnt

mr_rashidi said...

Dalam apa jua perjalanan hidup kita, sabar adalah tunjang utama dlm setiap ujian perjalanan itu. Tiada apa yg mudah utk mendapat segala apa yg senang. Banyakkan sabar & yg paling penting jgn menyesal dgn apa jua keputusan hidup kita. Walau menyesal mcm mana pun, for sure nnt akan ada utk peluang ke 2!! be cool & relax ok.