Friday, October 30, 2009

AkU

Tempat kerja  baru aku kat Miri Sarawak

Aku nak tulis ape ek, dalam post ni.Sebabenarnya aku tak tulih lagi tajuk untuk artikel ni, aku just tulis dan karang jer dulu..Apa cerita yang aku nak ceritakan dan kongsi kat sini ek. Selama aku keje kat sini, aku terlalu DAIF dengan diri aku. Apa yang aku katakan DAIF ini untuk diri aku. Ha ni la aku nak ceritakan dan kongsi kat sini.


Sebelum ini aku merasakan , aku terlalu faham dengan dirti aku, aku rasakan apa yang aku minat dan hajatkan itulah minat aku, dan aku tidak sangkal dengan dengan keputusan diri aku.Yela aku dah faham sangat diri aku in, aku yakin sangat tentang diri aku  dan apa yang aku hajatkan. Mungkin itu dulu,,..Ye la dulu..


Tah la, mungkin nasib selalu menyebelahi aku selama ini,. Apa yang aku maksudkan nasib selalu menyebelahi aku, ha, ini kerana apa yang aku hajatkan dan apa yang aku inginkan semuanya boleh dikatakan tercapaila. Ye la sejak dari aku kecik lagi apa yang aku minta, boleh dikatakan aku akan dapat la..Tapi bukan aku anak manja tau, tapi tak tahu lah nak cakap camna, coz aku ni mungkin degil kot.

Tah lah, nasib selalu la menyebelahi aku, Syukur Alhamdulilah atas semua kurniaaNya ke atas aku. Aku terima dengan seada nya. Apa yang aku nak cakap kan mengenai aku yang agak selesa dan juga sering kali dikurniakan rezki yang melimpah ruah, dan apa yang aku hajatkan selalunya aku akan dapat. Bukan semua ini datang dengan bergolek, tapi dengan usaha la, kalau semua benda ni datang dengan bergoleh, kalau macam tue semua tak nak usaha, just duduk rumah minta jer apa yang dihajatkan.

Apa yang aku nak ceritakan di sini adalah mungkin aku, terlalu banyak mengharap dan juga terlalu banyak mengejar dan terlalu fikir yang aku ni faham sangat mengenai diri aku. Sampailah aku bekerja di Miri ni, baru la aku mula mengenali sedikit demi sedikit tentang diri aku, aku mula menegnal siapa aku, aku mula mengerti siapa MOHAMMAD NIZAM MAHMUD yang sebenarnya. selama ini aku sematkan dalam hati yang aku akan mengejar apa yang aku minat dan apa yang aku hajatkan, Sampai kekadang aku tidak merasa nikmat semasa yang aku ada dan aku tidak bersyukur dengan nikmat semasa yang aku ada.

Ye lah, kata orang terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Maybe aku terlajak kata kot dan juga terlajak membuat keputusan, tapi takpa...aku akan ingat ini HIDUP MESTI ADA PERUBAHAN, DAN KITA MESTI BERANI UNTUK BERUBAH DAN TERIMA PERUBAHAN BAIK...ATAU BURUK.....

Memula aku banyak rasa menyesal, dan celaru dengan kehidupan aku pada masa akan datang. aku mesti berani dengan apa yang aku ambil dan buat keputusan. aku nak tempuh segala masa yang berlaku dengan redha dan tawakal kepada Allah SWT,ke atas apa yang telah dikurniakanNya kepada aku. Mungkin buat masa ini aku merasa menyesal dan bersalah, tapi ini mungkin andaian aku untuk masa yang singkat. aku akan cuba usahakan apa yang ada pada diri aku dan apa yang telkah aku putuskan agar menjadi lebih baik, dan dapat menempuhi liku-liku kehidupan ini dengan tenang dan aman dan juga dapat berjaya dalam apa keputusan yang aku buat.

Aku harap sesiapa yang membaca blog ini, dapat mendoakan aku agar aku dapat berjaya di masa akan datang.

DALAM SEKELIP MATA SAHAJA, SEDAR ATAU PUN TIDAK, HARI INI AKAN MENJADI SEMALAM, ESOK AKAN MENJADI HARI INI DAN SETERUSNYA, MASA AKAN  BERGANTI DAN KITA AKAN MENJADI SEMAKIN MATANG.....SEMALAM AKAN TETAP MENJADI INGATAN...


Monday, October 26, 2009

SESAK NAFAS



26 OKT 2009,

hari ni hari mula kerja, minggu baru la..huhuhuh, cambiasa la, bangun pagi tuk pegi keje, aku nye motif ari ni nak selesaikan kerja yang aku belum setelkan, ye la keje yang aku bawa balik wat kat umah. dalam otak aku, tak banyak la keje ari ni, coz aku dah setelkan di rumah setengah,then sabtu ahad pun aku keja gak, ye la, tuk settelkan keje yang belum selesai..hermmmm...hepy sangat melangkah untuk pegi keje...bestnya rasa tenang saja, bila pikirkan kerja yang banyak dah aku setelka, ...........eh, aku bukan pemalas tau, tuk wat kerja, kerja yang banyak ni aku dapat dari bos aku, tak tahu la aku kenapa dia terlalu bagi banyak sangat keje kat aku...tapi aku suka jugak kerana, ada kerja nak buat...maksud aku bukan selama ni aku tak ada kerja, aku setiap hari ada kerja la,,,,...
melangkaha ja aku ke opis, selepas punch card, aku pun cam biasa START BUAT KERJA LA, APA LAGI KAN,...kerja aku setiap pagi memang dah ditetapkan untuk buat odering makanan  untuk masak kepada pesakit. aku hanya order ja, kalau bab masak bukan plak tugas aku, tapi bukan aku tak tahu masak....hahahah...

dalam hati aku terdetik tak banyak kerja nak dilakukan pada hari ni, tapi sangkaan aku memang silap sangat...pepagi lagi, aku kena tegur ngan bod aku, buah yang dipesan ari sabtu ada lebih, kenapa leh terjadi camni...aku pulak jenis tak cakap banyak,just angguk n dengar apa yang dia cakapkan...respek beb..lagipun memang salah aku, aku tak pantau...
selepas tue, aku kena tegur lagi sebab, ubah atau menambah segala dokumen berkaitan tanpa pengetahuan dia..huhuhu, aku bukan dalam kategeri engkar atau ketidak akuran yek,..aku wat semua bende tue atas arahan pihak lain, ye la aku hanya menurut perintah kan...terima je la kesalahan yang aku wat...'
leps tue, kerj aterus menghinggap di badan aku ,,,pergh banyak sangat kerja, kekadang tue aku rasa cam nak memberontak jer...tapi sabar je la, aku tak banyak songeh sangat, lagipun pada masa sekarang, aku dalam proses pembelajaran mengenal erti kerja  lagi, lagipun aku bukan tahu sangat selok belok kerja ni..        
              hari ni memang aku tak da masa nak rehat langsung, aku makan kat dapur jer apa yang ada...tapi aku tapau la, beli kat kantin tadi....
dipendekkan cerita, aku tidak lekang dari membuat kerja,,,,alhamdulilah berkat gaji aku yek...InsyaAllah yek..
TIADA SIAPAPUN INGINKAN KESEDIHAN DAN TAK SIAPAPUN MAMPU UNTUK BERSUGUL DI SEPANJANG JALAN KEHIDUPAN.....HIDUP SELAGI HIDUP


SOK AKU NAK AMEK PEKSA, DOAKAN AKU BLEH JAWAB YEK

Saturday, October 24, 2009

GAMBAR GAMBAR KENANGAN


AKU HARAP AKU LETAK GAMBO KAT SINI MEMEMBE AKU TAK MARAH LA...KASI DIORANG GLAMER SIKIT....HAHAHAHAHAHHA...KENANGAN AKU DI LANGKAWI..KEJE 3 TAHUN LEBIH KAT SANA....








NI MASA BERKELAH KAT AIR TERJUN TEMURUN

NI  KAT TEMURUN GAK..LANGKAWI LA

NI KAT AIR TERJUN LUBUK SEMILANG LANGKAWI...

NI PUN KAT LUBOK SEMILANG GAK...

NI PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI KAT PANTAI CENANG



NI MASA PERTANDINGAN BOLA TAMPAR MAKSAK PERINGKAT KEBANGSAAN KAT KUANTAN PAHANG

NI KAT MUAR JOHOR, KENDURI KAWEN KAK MOON KENANGAN NGAN ARWAH

ANAK SEDARA


tetiba teringat kat anak buah di kampung...ye la, seronok and terhibur dengan gelagat diorang..rindunya...

ni lakt umah aku, kampung ....kat sungai petani kedah...

kenangan yang best


ni la kenangan famili day penguatkuasa kedah di pantai cenang langkawi 2008, cawangan langkawi mendapat tempat pertama dalam tarik tali huhuhuhuhuhu...siap ada import player lagi...


ni plak team power ranger..hahahaha, ranger biru = khunik, renger silver = mat zain, renger biru terang = alias, ranger kuning = mode , renger merah = punjunk....hahahaha,,
ni masa bertukar....
bertukar..

what a man to do


Monday, October 19, 2009

volleyball , aku , bola tampar , langkawi , kedah






INSAN





*NAK SUSUN GAMBOR PUN TAK RETI DAH
sebenarnya dah lama aku tak wat post baru dalam blog aku ni...sebenarnya ku pun cam dah tak larat lagi nak wat citer n menulih kat sini,...tapi nasib ari ni aku ada masa sedikit...bukan ape, aku pinjam laptop pakcik yang aku tumpang dok umah dia ni...tumpang sementara, sampai aku dapat umah sewa...hermmmm...aku telupa plak nak bagi tau semua yang aku dah bertukar tempat kerja dan sekaligus bertukar tempat bertugas lah...aku sekarang tidak bekerja di langkawi lagi..aku bekerja kat sarawak sekarang...hehehe...sory kekawan yang baru dapat tahu, coz aku telupa nak bagi tau yek...aku minta maaf lah yek...
semua tertanya kot nape aku pilih tajuk insan ni..ye lah, sape yang tahu tentang blog aku ni, pasti dia dapat tangkap apa yang terkandung dalam pemikiran aku ini..ye la blog aku hanya sekadar picisan biasa untuk luahkan segala apa yang berada di benak fikiran ini... sebenarnya tujuan aku menulis atau meletakkan tajuk dalam artikel terbaru aku ini adalah kerana aku mengenangkan sahabat yang aku anggap sebagai kawan, teman, adik, sedara, famili...
yang aku maksudkan adalah seorang insan yang tidak lekang di ingatan aku sehingga kini..insan yang bernama ADIB NOOR B ABDUL TALIB, satu nama yang pernah bermain di fikiran aku takkala aku ada masalah dan juga merupakan tempat bertukar pendapat dan luahan rasa tidak puas hati, tempat aku mendapatkan motivasi dan tempat aku bergaduh..
14 SEPTEMBER 2009, satu tarikh yang aku tak dapat lupakan kerana pernya seorang sahabat,rakan,sedara,kawan ke rahmahtullah...aku tidak menyangka begitu cepat sekali beliau pergi.aku sungguh sekali tidak menyangka pemergian beliau..aku sempat berbual di talifon dengan arwah sebelum arwah pergi wat selamanya...perbualan itu berlaku seminggu sebelum arwah pergi buat selam lamanya..dalam ketika itu, aku berada di sarawak, dan bersiap untuk balik kedah pada 4 Sep 2009, aku tidak memberitahu arwah yang aku akan balik ke semenanjung wat sementara, kerana aku ada kes yang belum selesai di tempat kerja lama..dalam perbualan tersebut, arwah ada menyatakan bahawa memesan aku membelikan table runner untuk mak arwah di kampun, kata arwah, table runner di sini murah, iaitu di sarawak..aku cakap kat arwah yang aku tak balik lagi, padahal aku telah menipu arwah...tapi arwah menyatakan hasrat, nanti kalau balik tolong belikan table runner uuntuk mak dia, coz kenapa arwah begitu beria ia sangat nak beli table runner kerana, lagi 2,3 minggu lagi bakal menyambut hari raya puasa, masa sekarang adalah mood hari raya..
aku caap yang aku akan belikan mungkin tahun hadapan kerana, aku akan balik pada tahun hadapan..itulah janji terakhie aku berjanji dengan arwah...InsyaAllah aku akan tunaikan janji yang telah aku buat, dan arwah macam berharap sangat aku belikan table runner untuk mak dia...
sebelum aku datang ke sarawak, iaitu sebelum aku melaporkan diri disini, dimana tarikh aku lapor diri pada 3 ogos 2009..
arwah telah datang ke langkawi pada 1 dan 2 ogos semata-mata untuk menghantar aku ke sarawak dan mengucapkan selamat tinggal kepada aku wat kali terakhir..aku tidak menyangka bahawa itu;ah perjumpaan yang terakhir aku bersama arwah...memang aku tidak menyangka langsung,...aku juga tidak menyangka bahawa dia sanggup datang ke langkawi semata-mata untuk berjumpa aku wat kali terakhir..
dalam perjumpaan yang singkat tue, banyak cerita yang kami bualkan mengenai kehidupan masing-masing...banyak cerita sangat,...aku langsung tak menyangka bahawa dia sudah tiada..
banyak kenangan aku bersama dia...tah la, terlalu banyak sangat, dari zaman belajar hinggalah habis belajar....