Sunday, July 17, 2011

Bukan Normal

Terpandang keliling, dengan suasana yang suram, pergh..panas beb hari nie.Terbongkang hampir hari, penat travel dari Kuala Lumpur ke Miri Sarawak. Asam garam hidup di perantauan, yang belum tahu penghujungnya bagaimana. Buka tv, then tido depan tv, memang best sangat situasi ni. Situasi yang dah lama aku tak buat. Buka pintu luas luas, konon nak tunjuk seksi masa tiso kat orang luar..hahahahah...Jaga tido, layan tv, sambil hisap rokok, pastu mengeliat laksana kucing pemalas bangun dari tido. lepas habes satu jam ke satu jam yang berikutnya membuang masa di depan tv, apa yang aku tonton pon, aku tak tau. Otak ligak mengimbau kenangan semalam, kenangan dia Kampung halaman, ye la masa cuti kan..Malas makin menebal dalam diri untuk melangkah kerja esok.

Buka Laptop, layan facebook. Laman sosial yang terhebat dan terkenal seanterio dunia sekarang ni. Siapa yang tak kenal dengan Facebook, aku tak tau la nak klasifikasikan dia hidup di alam mana. Layan kawan kawan, sembang , bertukar cerita , bertukar pendapat.

Ada juga isu hari ini untuk aku kongsikan pendapat dengan kawan lama, rakan sekelas masa belajar dulu. Isu ditinggalkan kekasih hati. Sian pulak aku dengar, ye la, 8 tahun menyemai kasih, akhirnya putus macam tue ja, sebelum sempat ke jinjang pelamin. Ermmm, bagi aku ok ja, bagus juga putus, sebab lelaki yang dia kawan tue aku kenai,.member masa sekolah menengah dulu. Membe member macam tue je la, tak rapat sangat pon, aku memang tak suka sikit dengan budak tue. Tapi apa kan daya dah ketentuan takdir kawan aku tue,..
Ini membuatkan aku teringat, walau sedalam mana cinta kita, walau sehebat mana aturan perjalanan yang kita buat, kita tetap tak boleh nak melawan kehendak dan ketentuan Allah. Kerana Dialah yang yang Maha berkuasa di atas makhluk ciptaanNYA..tipikal nasihat adalah..SABAR ya...hahah

Bilik maish bersepah lagi ni, tak kemas lagi. Malasnya aku...Dok layan masalah orang, masalah sendiri pun tak terlayan..chow dulu

No comments: