Thursday, April 17, 2008

faizal tahir

ini adalah artikel yang aku nak tulis, berkisarkan faizal tahir. penyanyi yang mempunyai bakat besar dalam industri muzik tanah air, sudah bebas dari tempoh sekatan untuk bergiat aktif. dia kini dah kembali seperti penyanyi biasa sebelum ini. aku cuma harap dia akan lebih berwaspada dan terus memajukan industri muzik malaysia yang ketandusan penyanyi seperti dia dan berbakat besar. TEMPOH tiga bulan mungkin dianggap singkat bagi pesalah menjalani hukuman tetapi bagi Faizal Tahir, ia sudah cukup mengajarnya mengenai disiplin diri ke arah menjadi artis contoh pada masyarakat. Semalam, wajah Faizal muncul semula di televisyen selepas hukuman tatatertib yang dikenakan ke atasnya tamat. Apa yang lebih menarik perhatian, kemunculan semula Faizal ini diberi peluang istimewa apabila sejak awal pagi, Faizal tampil dalam slot khas, Super Faizal di Hot FM dan kemudian ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Sambil bercerita pengalaman dilalui selama tiga bulan sepi tanpa sebarang persembahan yang disiarkan di televisyen, Faizal menyatakan perasaan bercampur gembira, terharu dan bersyukur atas peluang kedua yang diberikan kepadanya. “Sejujurnya, saya berasa sangat terharu apabila diberi peluang aktif semula dalam bidang nyanyian apatah lagi diberi kesempatan muncul dalam program istimewa di radio dan televisyen pada hari ini. Sebenarnya saya tidak menyangka peluang sebegini diberikan kepada saya dan tidak salah untuk saya menitiskan air mata dengan layanan istimewa ini. “Pastinya, dalam melalui kehidupan seharian sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada membuat kesilapan tetapi tidak semua kesilapan yang dilakukan diberi peluang kedua seperti saya. Dengan kerja amal yang saya lakukan dalam tempoh menjalani hukuman itu, saya berasa sangat bersyukur dengan apa yang saya miliki dan peluang melakukan kerja amal ini satu pencapaian membanggakan buat diri saya,” katanya. Faizal mengakui pembabitannya dalam kerja amal sepanjang tempoh itu seperti melawat rumah orang tua dan anak yatim memberi peluang pada dirinya insaf dengan kesusahan dan kekurangan orang lain. “Ketika menjadi artis, saya rasakan masa membuat kerja amal ini agak terhad tetapi selepas terbabit sendiri melihat kehidupan sebenar mereka, ia benar-benar menginsafkan dan saya berazam untuk meneruskan kerja amal ini pada masa akan datang. Biar sesibuk manapun jadual seni, paling kurang saya akan meluangkan masa sekali sebulan membuat kerja amal ini. “Saya melihat usaha dalam membantu anggota masyarakat yang kurang bernasib baik ini satu tanggungjawab yang harus saya laksanakan. Tidak perlu apabila dikenakan hukuman, barulah kita tergerak untuk membuat kerja amal sedangkan aktiviti ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. “Hukuman yang saya jalani ini juga mungkin dilihat sebagai hukuman Tuhan kepada saya untuk menyedarkan saya dengan kesenangan yang saya peroleh selama ini. Jika kita merasakan hidup kita susah sebenarnya ada lagi orang lain yang lebih susah kehidupannya dan mungkin juga kesusahan mereka sampai bila-bila. “Namun, dengan sokongan keluarga, rakan-rakan dan peminat sekeliling yang tidak jemu menyokong saya, saya berasa diri masih dihargai. Sejak awal saya bangun pagi tadi, perasaan saya menjadi gemuruh kerana berpeluang muncul dalam program siaran langsung. Saya merasakan diri umpama banduan yang baru keluar dari penjara dan saya akui hukuman diterima ini pengajaran besar dalam hidup saya,” katanya.

Sunday, April 13, 2008

Perpaduan Melayu jadi agenda utama

Semenjak dua menjak ni, perpaduan antara kita dah semakin renggang dan jauh sekali. Dimana silapnya mungkin kita sendiri boleh kenal pasti, dan disini kita tak tertarik untuk mengenalpasti apa punca yang menyebabkan ikatan persaudaraan antra kita semua renggang. Semakin hari semakin jauh, dan kita sendiri tak kenal erti persaudaraan dan kita sendiri tidak mengenal mana satu saudara dan mana satu musuh kita. Cuba kita teliti bali tahun era 60an,70an,80,90...Keakraban yang terjalin antara kita disamping jiran dan bangsa lain begitu utuh apatah lagi persaudaraan antara darah daging sendiri, yang memang seperti 'aur dengan tebing' dan juga seperti 'air dicincang tidak akan putus', betapa kita perihatin terhadap keadaan sekeliling dan juga persekitaan. Namun mimpi ngeri mula menular di setiap sanubari ke atas makluk yang dikenali sebagai manusia. Pentingkan diri sendiri adalan menjadi satu elemen yang takkan pudar dalam susuk tubuh yang mengalir darah pekat merah yang panas meresap ke setiap rongga badan. Bila diteliti balik apa yang berlaku sekarang, adalah sangat sedih dan tidak wajar ini terjadi sekiranya nilai murni dipupuk lebih awal dan sikap tidak pentingkan diri sendiri tidak diutamakan dalam keperluan kehidupan. masakan tidak tahu lagi, jiran yang sebelah rumah pun kita tidak bertegur sapa, inikan pula jiran yang selang jarak rumahnya lebih jauh dari sebelah rumah. Jangan harap ini berlaku. Kita juga bila diselidik balik, mungkin kita tidak kenal saudara yang ada pertalian darah dengan kita, walaupun kita berada berhampiran ataupun berjalan sampai tersentuh bahu pun masih tidak bertegur sap, ini disebabkan oleh tidak kenala dan elemen paling utama sekali adalah pentingkan diri sendiri. Ingatlah kepada semua wahai saudara, bahawa perhubungan sesama insan lebih penting untuk menjlankan kehipudan yang lebih baik dan harmoni. Perlu kita ingat fardhu ain adalah wajib dilakukan sebagai umat yang bergelar seorang Islam dan perlu kita ingat juga fardhu kifayah adalah sunat dilakukan dan wajib dilakukan apabila orang lain tidak buat. Wallahualam.... Ingatlah apabila kita mati..siapakan yang akan kafankan kita, mandikan kita, kuburkan kita selain dari anak-anak kita.... Oleh Basir Zahrom
KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, mengingatkan orang Melayu supaya menjadikan perpaduan sebagai agenda utama selepas keputusan pilihan raya umum lalu menunjukkan orang Melayu berpecah belah dan berdepan kaum lain yang lebih kuat dari segi politik dan ekonomi. Baginda bertitah, kelakuan mereka yang menang dan kalah pada pilihan raya umum lalu menunjukkan kedaulatan dan ketuanan Melayu semakin tercabar, manakala orang Melayu semakin keliru terhadap keadaan yang berlaku. Tegas baginda, peruntukan berkaitan orang Melayu dalam Perlembagaan bukan saja perlu dipertahankan, tetapi menjadi prinsip utama dalam ketuanan Melayu.


"Orang Melayu perlu membulatkan tekad untuk bersatu. Jangan berpecah belah dan elakkan polemik yang boleh menjarakkan persefahaman sesama sendiri. Isu ideologi dan tafsiran pendapat yang pelbagai tidak menyumbang kepada perpaduan Melayu. "Membincangkan polemik negara Islam, sekular dan kebajikan, menyebabkan rakyat menjadi semakin kabur. Ramai yang terpesong. Akibat kekalutan ini, timbul senario yang orang Melayu semakin terasing dan menjauh," titah baginda. Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Perhimpunan Perpaduan Melayu Sempena Maulidur Rasul 1429 Hijrah anjuran Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Tengku Muhammad Faris Petra sedih kerana ketika ini, tidak ada yang baik dikaitkan dengan orang Melayu yang membiarkan diri mereka didedah, diaib dan dimalukan, malah orang Melayu kelihatan bangga apabila dapat menunjukkan kelemahan kaum sendiri. "Siapa yang berjaya mesti dicari cacat celanya, tidak cukup internet, ditambah dengan khidmat pesanan ringkas (SMS). Teori propaganda menyebut 10 pembohongan akan menjadi kebenaran, manakala teori komunikasi moden menyebut bahawa setiap e-mel dianggap benar, setiap SMS dianggap sahih. "Banyak berita dan peristiwa negatif lain, tetapi yang ditonjolkan ialah Melayu. Seolah-olah orang Melayu menjadi punca segala penyakit masyarakat seperti rasuah dan dadah. Orang lain diam menyembunyikan keaiban bangsa mereka, kita yang beragama Islam menjadikan kerja mengaibkan bangsa sendiri sebagai hobi pertama," titah baginda. Baginda bertitah, perkara ini dibangkitkan untuk menunjukkan perpaduan orang Melayu sekarang sangat rapuh dan keadaan semakin parah.
Walaupun mengakui ramai yang tidak senang, baginda bertitah mungkin orang Melayu tidak bijak berpolitik menyebabkan usaha menyatukan orang Melayu gagal. Sehubungan itu, baginda mengingatkan orang Melayu tidak boleh hanyut dengan slogan bersifat retorik sebaliknya secara jujur dan ikhlas menyatupadukan orang Melayu tanpa agenda tersembunyi. , termasuk untuk menaikkan atau menjatuhkan mana-mana pemimpin. "Beta ingin melihat keadaan perbalahan dan perbezaan pendapat antara semua pemimpin Melayu diselesaikan menerusi muzakarah secara tertutup, berhemah dan bijaksana," titah baginda. Sempena perhimpunan itu, forum bertajuk Memperkasa Perpaduan Melayu untuk Kesejahteraan Negara diadakan dengan ahli panel, Felo Kehormat Institut Antarabangsa, Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac), Profesor Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein, Datuk Dr Hassan Ahmad dan Datuk Dr Kamal Salleh. Muhammad Uthman menyifatkan konflik di kalangan orang Melayu sekarang adalah akibat hilang rasa hormat terhadap pemimpin. "Imam Shafie, Ghazali, Hambali dan Maliki, berpesan supaya umat Islam tidak merendah-rendahkan pemimpin dan perlu menghormati keputusan mereka, selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam," katanya. Perhimpunan itu turut membentangkan tujuh Piagam Perhimpunan Perpaduan Melayu, termasuk mahu orang Melayu bersatu tanpa mengira fahaman politik serta sentiasa pertahankan hak ketuanan Melayu. Selain itu, matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) perlu dikekalkan, termasuk mencapai sasaran 30 peratus ekuiti Melayu. Orang Melayu juga perlu menangani cabaran yang mengancam perpaduan Melayu dan agama Islam.