
bagimana pendapat korang filem-filem yang ditayangkan di malaysia dan juga pelbagai filem asing yang keluar dan masuk dalam malaysia.ini kerana dengan filem pun kite boleh mengetengahkan malaysia ke mata dunia dan juga dengan filem juga kite dapat menarik lagi ramai pelabur asing untuk melabur di dalam malaysia. tapi mampukah filem kita untuk memecah kepongpong yang dianggap senang.dari era 50an-60an kita disogok dengan filem yang bertaraf antabangsa hasil dari daya kreatif anak malaysia, anataranya filem seniman bujang lapuk, anakku razali, ibu mertuaku, penarik beca, labu labi dan banyak lagi; dimana terbitnya nama-nama besar, tan sri p.ramlee, nordin ahmad, normadiah, ahmad nispu, a.r tompel, saloma, datuk aziz satar dan banyak lagi. kemudian era 80an-90an bermula dengan filem adik, raja rimba, rahsia, ali setan, mr.os; dimana ini hasil garapan dari anak malaysia pada era tersebut.pada era ni terbitlah bintang yang bersinar seperti ogy, eman manan, norkumalasari,os,mustafa kamal,azmil mustafa, rahim razali,salleh yaakob, param penden ada banyak lagi. namun pada era milinium ni kita disajikan dengan pelbagai pelakon yang bukan sahaja bergelar pelakon malah ada yang bergelar penyanyi, pengacara dan sebagainya..antaranya piere andre, erra fazira,rosyam noor, haliza misbun, amy mastura, fahrin ahmad, saiful apek, fasha sanda, ummi aida dan banyak lagi yang tak terkira banyaknya.. ditambah lagi dengan kelahiran bintang ataupun artis yang dicungkil dari reality tv.. berbakatkan mereka ataupun hanya sekadar rupa paras yang menjadi ukuran di kaca tv.. pendapat korang lah siapakan yang patut kita berikan gelaran sebagai pelakon yang paling best.. era manakan pelakon menunjunkkan aksi yang paling cemerlang, era manakan kita terkenal di mata dunia..apakah filem yang paling berkualiti yang pernah korang tengok.. lagi satu apakah cadangan ataupun pandangan korang tentang dunia perfileman kite..apakah cadangan yang boleh menaikkan semangat dan mutu filem, lakonan dan sebagainya.. kite ni sebagai anak malaysia sudah tentulah nak tengok filem kite ni berkualiti.. bagaimanakah pendapat korang tentang filem dari seberang yang banyak masuk ke malaysia dan sesenang gigi jer masuk ke industri filem malaysia.. berkualitikah filem mereka berbanding filem kite.. TERSERAH ANDA