KENA DAKWA: Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Raub, Sidek Abd Rahman (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Raub, semalam selepas menghadapi 22 pertuduhan pecah amanah mengambil wang kerajaan RM12,175. Sementara itu bekas Ketua Penolong Pengarah di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kamaruzaman Md Ali (kiri atas); Penolong Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok, Loh Hong Wai (kiri bawah); wakil Biro Inovasi dan Perundingan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ismail Ibrahim (kanan bawah) dan Pengurus Projek Kosijaya Didactic Sdn Bhd, Loh Siu Le dituduh bersubahat dan membuat tuntutan palsu.
6 pegawai Kementerian Belia dan Sukan masih disiasat, seorang ditahan semalam
PUTRAJAYA: Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menahan ramai lagi individu bersabit kes penyelewengan dan pecah amanah susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2006 mengenai salah urus dana awam.
Petang semalam, BPR menahan bekas ketua sekolah binaan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong, Negeri Sembilan berusia 33 tahun di Temerloh, Pahang. Lelaki yang ketika ini memegang jawatan selaku Ketua Unit Pengurusan Latihan IKBN Temerloh akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini.
Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan, berkata siasatan berhubung pendedahan Laporan Ketua Audit Negara itu masih belum berakhir kerana ia memerlukan penelitian secara lebih terperinci.
"Ya, belum habis lagi, masih ada beberapa lagi... siasatan masih diteruskan. Ada beberapa kes lagi yang kita lihat iaitu berhubung penyelewengan dan pecah amanah," katanya pada sidang media khas di ibu pejabat BPR di sini, semalam. Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pengarah 1 BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed.
Sidang media itu diadakan bagi memaklumkan hasil siasatan BPR berhubung pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2006 mengenai salah urus dana awam membabitkan beberapa kementerian dan agensi kerajaan. Laporan itu dibentangkan di Parlimen pada 7 September lalu.
Semalam, 10 individu termasuk enam pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta dua pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Kota Bharu dan Raub. Difahamkan, inilah kali pertama tindakan diambil berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara.
Ahmad Said berkata, BPR juga mencadangkan tindakan tatatertib dikenakan terhadap lima pegawai kanan KBS yang terbabit dalam mesyuarat berkaitan pembelian peralatan dan kelengkapan untuk lapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada harga lebih tinggi, berbanding harga pasaran.
Beliau berkata, siasatan BPR juga mendapati pegawai terbabit ke luar negara tanpa kebenaran dan menerima keraian daripada kontraktor berkenaan.
"Enam pegawai lain pula masih dalam siasatan BPR," katanya sambil menambah, BPR turut mencadangkan tindakan tatatertib dikenakan terhadap seorang juruteknik awam yang membuat perakuan palsu berhubung kerja pembaikan kuarters kerajaan di Pulau Pinang bagi membolehkan kontraktor terbabit membuat tuntutan pembayaran.
Menjawab soalan, beliau berkata ketua jabatan berkenaan perlu mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai terbabit seperti ditetapkan iaitu sama ada dibuang kerja, turun pangkat, turun gaji, celaan dan amaran.
Ahmad Said berkata, BPR juga masih menyiasat pembelian beberapa peralatan untuk IKBN seperti papan bancuh simen, kabin kontena, buku teknikal dan pen teknikal yang terlalu mahal dan tidak munasabah serta merugikan kerajaan.
"Hasil siasatan awal mendapati wujud salah urus dana awam. BPR sedang menyiasat untuk mengenal pasti salah laku jenayah terhadap mereka terbabit dan sekiranya berlaku perlanggaran peraturan, BPR akan mencadangkan jabatan berkenaan mengambil tindakan tatatertib," katanya.
Sehubungan itu, BPR akan mencadangkan kerajaan supaya melakukan kajian menyeluruh terhadap sistem pembelian terus yang diamalkan jabatan dan agensi kerajaan supaya lebih telus.
Katanya, siasatan BPR mendapati terdapat beberapa kelemahan dalam sistem itu yang membuka ruang kepada berlakunya rasuah dan penyelewengan.
"Ini terbukti dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006 yang mendedahkan kebanyakan proses pembelian peralatan dibuat secara rundingan terus," katanya.
Ahmad Said berkata, BPR juga akan mencadangkan kerajaan menyenaraihitamkan syarikat yang membekalkan peralatan kepada IKBN yang dikaitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006 kerana melanggar peraturan kewangan.
Beliau berkata, tindakan sama juga dicadangkan terhadap kontraktor yang terbabit dalam kerja pembaikan kuarters kerajaan di Pulau Pinang kerana melakukan penyelewengan ketika membuat tuntutan pembayaran.
Selain itu, BPR mencadangkan supaya klausa bagi menjelaskan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 dimasukkan dalam semua dokumen kontrak kerajaan sebagai peringatan terhadap pihak berkenaan agar tidak mengambil kesempatan melakukan rasuah dan penyelewengan.
"Jika wujudnya perlakuan rasuah di dalam kontrak itu, adalah dicadangkan supaya kontrak mereka ditamatkan serta-merta," katanya.
10 didakwa menipu -- Dituduh seleweng dana awam seperti didedah Ketua Audit Negara
Oleh RUHAIDINI ABD. KADIR, HERMAN HAMID, ALI MAHMOOD dan ZULHISHAM ISHAK(utusan malaysia 24/10/2007 )
KUALA LUMPUR 23 Okt. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini mendakwa 10 orang termasuk sembilan kakitangan kerajaan di mahkamah di tiga negeri atas tuduhan yang mempunyai kaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara 2006.
Esok pula, seorang lagi pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan didakwa di Seremban atas tuduhan yang sama.
Mereka termasuk berjawatan pengarah dan penolong pengarah di KBS serta pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan sebahagian besarnya didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.
Mereka dituduh atas pelbagai kesalahan termasuk membuat tuntutan palsu dalam pembelian kamera digital dan pecah amanah wang bantuan kebajikan masyarakat kepada 22 penama yang telah meninggal dunia.
Di Kota Bharu, empat orang termasuk Pengarah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan, Sabah, Kamaruzaman Md. Ali, 38, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengemukakan dokumen yang mengandungi tuntutan palsu.
Turut dituduh Penolong Pengarah KBS, Loh Hong Wai, 31; kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ismail Ibrahim, 51, serta seorang wanita, Loh Siu Le, 38, pengurus projek sebuah syarikat berhubung pembelian kamera digital Kodak DC 4800 USA untuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok.
Mereka yang dituduh berasingan di dua mahkamah mengikut Seksyen 11 (c) akta tersebut didakwa melakukan kesalahan itu pada 28 Januari 2003 di IKBN Bachok.
Kamaruzaman ketika itu adalah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan KBS dan Ismail wakil Biro Invasi dan Perundingan UTM.
Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh.
Hong Wai pula ketika itu merupakan Penolong Pengarah Kemahiran IKBN Bachok manakala Siu Le adalah pengurus projek Syarikat Kosijaya Didactic Sdn. Bhd.
Selain Seksyen 11 (c), pertuduhan ke atas Hong Wai dan Siu Le turut dibacakan bersama Seksyen 20(1)(c) yang didengar di hadapan Hakim Gulam Muhiadden Abdul Aziz.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari atau maksimum 20 tahun dan denda maksimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana satu yang lebih tinggi.
Laporan Ketua Audit Negara 2006 mempertikaikan pembelian kamera digital Kodak oleh IKBN Bachok yang dibeli RM8,254 sedangkan harga sebenar hanya RM2,990.
Kamaruzaman dan Ismail masing-masing dibenar ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin manakala Hong Wai dan Siu Le masing-masing dibenarkan ikat jamin RM7,000 juga dengan seorang penjamin sementara pasport antarabangsa mereka turut diperintah ditahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa BPR, Zamal Abd. Rahman.
Kamaruzaman diwakili peguam Rozihan Othman, Ismail pula diwakili Wan Abdullah Thani Wan Yusof sementara Hong Wai diwakili Zamzuri Mohd. Husin manakala Siu Le diwakili oleh Indran Rajalingam.
Kedua-dua mahkamah menetapkan 28 November ini sebagai tarikh sebutan semula untuk keempat-empat tertuduh.
Di Raub, seorang pegawai JKM Pahang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap 22 pertuduhan pecah amanah wang bantuan kebajikan masyarakat tahun lepas.
Sidek Abdul Rahman, 47, yang ketika itu bertugas sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat di JKM Raub dituduh mengambil Wang Bantuan Am Peruntukan Negeri dan Persekutuan dengan menyalahgunakan 22 penama yang telah meninggal dunia.
Dia dituduh mengambil wang peruntukan bantuan antara RM330 dan RM1,000 bagi penama terbabit antara Mac dan Disember 2006 dengan jumlah keseluruhan RM12,175.
Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan bagi setiap pertuduhan.
Pendakwaan dilakukan dua pegawai pendakwa dari BPR, Farah Azlina Latif dan Nazliza Mohd. Nazri.
Hakim Zainal Abidin Kamarudin menetapkan 19 Disember ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Sidek diikat jamin RM10,000.
Di Kota Kinabalu pula, lima kakitangan JKM dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 28 tuduhan mengeluarkan baucar pembayaran palsu melibatkan penerima yang telah meninggal dunia.
Mereka yang dihadapkan di dua mahkamah berasingan dituduh mengeluarkan pembayaran tersebut di bawah Skim Bantuan Orang Tua antara tahun 2003 dan 2006.
Seorang daripadanya, Pemangku Bendahari Daerah Penampang, Stanislaus Golingi, 51, didakwa mengikut Seksyen 11 (c) akta tersebut dengan 22 pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 1, Duncan Sikodol.
Mengikut pertuduhan, dia yang bertugas di Pejabat Bendahari Penampang, memperakukan dokumen empat penerima bantuan yang telah meninggal dunia antara 2003 dan 2005.
Seorang kerani di pejabat sama, Irene Lazarus Nicholas, 36, pula dituduh bersubahat melakukan perbuatan tersebut.
Duncan yang menetapkan perbicaraan pada 28 Januari 2008 membenarkan Stanislaus dan Irene diikat jamin RM3,000 setiap seorang dengan dua penjamin.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa BPR, Muhammad Sibti manakala Stanislaus dan Irene diwakili peguam Peter Jino Allion.
Di Mahkamah Sesyen 2 Kota Kinabalu, Pembantu Pembangunan Masyarakat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tuaran, Rasiah @ Thomy Sumbat, 48, dituduh melakukan enam kesalahan mengeluarkan baucar pembayaran palsu kepada dua penerima yang sudah meninggal dunia.
Dua pembantu tadbir di pejabat yang sama iaitu Rosminie Borilok, 42, dan Masni @ Masnah Sairin, 55, turut dituduh secara bersama melakukan kesalahan berkenaan.
Mereka bertiga dituduh melakukan kesalahan itu antara Februari 2005 dan Jun 2006 kononnya membuat pembayaran kepada Dayang Ismail dan Andah Jair, yang telah meninggal dunia pada 16 Disember 2003 dan 17 Februari 2006.
Hakim P. Ravindran Paramaguru, membenarkan masing-masing diikat jamin RM2,000 dengan dua penjamin sementara menunggu perbicaraan 9 Disember 2008.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa BPR, Badrul Shah Norman manakala ketiga-ketiga tertuduh tidak diwakili peguam.
Akhbar baru-baru ini menyiarkan Laporan Ketua Audit Negara 2006 bahawa daripada sampel rambang yang dilakukan terhadap 125 penerima bantuan kebajikan di dua daerah di Sabah didapati 20 daripadanya telah disahkan meninggal dunia oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Sementara itu, seorang pegawai KBS berusia 33 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 11 C akta yang sama di Mahkamah Sesyen Seremban pagi esok.
Pegawai berkenaan yang merupakan bekas Ketua Sekolah Binaan, IKBN Chembong, Rembau dan kini merupakan Ketua Unit Pengurusan Latihan IKBN Temerloh ditangkap di Temerloh, hari ini.
Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan yang dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan penahanan pegawai tersebut.
Wednesday, October 24, 2007
BPR buru ramai lagi

AKU BANGGA DENGANMU - SYED MUZAFFAR SYUKOR ( ANGKASAWAN PERTAMA MALAYSIA )
Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi, ke atas rahmat yang telah diberikan kepada negara Malaysia ini. Pelbagai Kemuadahan dan keistimewaan terdapat di sini, yang sentiasa aman damai dan harmoni. hari ini aku telah berbangga sangat menjadi salah seorang rakyat yang terlibat dalam menyaksikan sejarah dunia iaitu seorang rakyat Malaysia menjadi Angkasawan pertama malaysia. Aku bangga denganmu DR SYED MUZAFFAR SYUKOR.
namun lumrah alam san adat dunia, dimana setiap yang baik itu akan dihina dan diherdik oleh segelintir manusia yang mempunyai sifat terlalu banyak iri hati malah ada yang mempunyai sifat "busuk hati". Cuba kite semua lihat laman blog ni, dimana banyak sangat mengkritik dan cuba menjatuhkan semangat kita. Tapi bukan penulis blog ni yang mengkritik pasal ni, tapi die yang membuka dan membincangkan isu tentang sebuah akhbar luar negara yang mengkritik hebat negara kita tentang angkasawan ini. Kalau lah kite berada di kedudukan angkawan kite ni, tak terucap dengan kata-kata apa yang telah dilihat. Luasnya alam dan besarnya kekuasaan Allah sampai tak terjangkau dari daya pemikiran manusia. dibawah ini adalah mengenai angkasawan kebanggaan aku.
IMPIAN sudah menjadi kenyataan. Kejayaan angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menyertai misi 11 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan pulang ke bumi dengan selamat petang kelmarin membuka lembaran baru kepada Malaysia untuk meneroka lebih jauh industri aeroangkasa. Walaupun detik bersejarah itu tercatat 46 tahun selepas kejayaan angkasawan pertama, Yuri Gagarin dari Russia membuat pusingan bersejarah mengelilingi bumi, ia belum terlewat. Walaupun kedudukan beliau sebagai angkasawan ke-141, ia amat bermakna kepada Malaysia kerana ia terlaksana bersempena 50 tahun usia kemerdekaan negara. Malah kita berbangga kerana beliau berjaya menyelesaikan tanggungjawabnya melakukan penyelidikan dan eksperimen berkaitan sains termasuk kesan mikrograviti dan radiasi angkasa ke atas sel normal dan sel kanser. Seperti kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Moscow kelmarin, rakyat Malaysia sewajarnya berbangga kerana negara tergolong dalam kumpulan elit peneroka angkasa lepas. Kejayaan Dr Sheikh Muszaphar akan menjadi perangsang kepada generasi masa kini dan akan datang untuk menguasai bidang sains angkasa. Walaupun Malaysia negara kecil, pemimpin dan rakyatnya tetap berjiwa besar. Jika kita memberi tumpuan kepada apa yang hendak dibuat, impian sukar pun boleh menjadi kenyataan. Namun, kejayaan yang dicipta itu tidak harus terhenti di situ saja, sebaliknya perlu ada kesinambungan. Justeru, memang wajar Malaysia menerima tawaran Agensi Angkasa Russia (Roscosmos) untuk menghantar angkasawan kedua bagi menjalankan misi lebih besar di ISS pada penghujung 2010 atau awal 2011. Kita percaya kerajaan akan mempertimbangkan dengan teliti butiran tawaran itu dari pelbagai aspek termasuk kos dan manfaat keseluruhan yang bakal diperoleh. Dalam hal ini, rakyat perlu diyakinkan bahawa program angkasawan tidak sia-sia, apa lagi membazirkan wang. Program itu adalah pencetus inspirasi yang memberi manfaat jangka panjang, sekali gus membuktikan komitmen Malaysia untuk bersama-sama negara besar meneroka angkasa lepas. Suara Orang Muda: Muszaphar lakar kegemilangan baru dunia Islam Bersama Noraini Ahmad norainiputeri@yahoo.com "DAH besar nanti, Afiq nak jadi angkasawan!" Itulah jawapan yang tiba-tiba terpacul dari mulut seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang juga anak kepada seorang teman, ketika ditanya mahu jadi apa setelah dewasa kelak. Tergaman seketika mendengar jawapan yang diberikan anak kecil itu yang mungkin tidak pernah terfikir oleh minda anak-anak kecil kita sebelum ini, sedang kita yang sudah dewasa juga pun tidak pernah mengimpikan Malaysia akan melahirkan seorang angkasawan selepas 50 tahun negara merdeka. Anak kecil itu adalah salah seorang daripada jutaan kanak-kanak di negara ini yang mengikuti perkembangan kejayaan Malaysia melakar satu lagi sejarah di persada dunia, melahirkan cosmonaut atau angkasawan pertama negara yang telah selamat pergi dan pulang dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Kapsul kapal angkasa Soyuz TMA-10 yang membawa angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha selamat mendarat di bumi dekat bandar Arkylk, Kazakhstan tepat jam 2.37 petang waktu tempatan atau 6.37 petang waktu Malaysia, kelmarin.
Kalau kita buka mana-mana rangkaian radio sejak hari pemergian Dr Sheikh Muszaphar sehinggalah sehari selepas beliau kembali ke bumi semalam, tidak putus-putus panggilan ucapan tahniah diberikan rakyat Malaysia buat beliau. Malah, ada ibu yang turut mendoakan semoga anak kecil mereka mengikut jejak Dr Sheikh Muszaphar. Ramai anak muda kita turut menonton siaran yang dipancarkan secara langsung di kaca televisyen dan mendapat liputan meluas media itu juga tiba-tiba turut sama mengimpikan untuk menjadi angkasawan kerana kagum dengan pencapaian angkasawan ulung kita. Satu impian yang kini sudah dijadikan satu kenyataan oleh anak muda berusia 36 tahun itu. Kejayaan Dr Sheikh Muszaphar yang telah selamat pulang dari ISS, kelmarin dengan membawa bersamanya gelaran cosmonaut atau angkasawan pertama negara bukan saja melakar satu lagi sejarah kegemilangan baru bagi Malaysia di mata dunia, malah berjaya menyuntik semangat lebih ramai anak muda di negara ini termasuk anak anak kecil untuk mengikuti jejaknya. Ia adalah kemuncak kejayaan yang dikongsi dan dirasai seluruh warga Malaysia selepas Program Angkasa Negara ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan Russia pada 5 Ogos 2003. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat Dr Sheikh Muszaphar dan tidak lupa juga kepada seorang lagi wira kita, calon angkasawan kedua negara, Kapten Dr Faiz Khaleed. Selain mengharumkan nama negara, Dr Sheikh Muszaphar yang juga doktor bedah ortopedik, mencatat sejarah sebagai orang Islam pertama berpuasa dan menyambut Aidilfitri di angkasa lepas. Beliau sekali gus berjaya melakukan penyelidikan dan eksperimen berkaitan sains termasuk kesan mikrograviti dan radiasi angkasa ke atas sel normal dan sel kanser, selain eksperimen mengenai kadar pembentukan bakteria dan tahap rintangannya. Sebagai sebuah negara Islam, kejayaan kita juga menjadi pelopor kepada usaha negara Islam mengembalikan kegemilangan tamadun ilmu berkaitan angkasa lepas kepada umat Islam. Ia juga mengangkat kedudukan Malaysia selaku pemimpin Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ke tahap lebih tinggi di mata dunia. Kejayaan Dr Sheikh Muszaphar kini meniti bukan saja di bibir seluruh warga Malaysia tidak kira di mana mereka berada, malah umat Islam seluruh dunia. Ia dicapai bukan saja hasil kesungguhan kerajaan dan anak muda itu sendiri, malah semangat kental dan keyakinan yang tinggi berbekalkan slogan 'Malaysia Boleh'. Selepas melalui pelbagai laluan sukar Dr Sheikh Muszaphar terpilih di kalangan 11,275 pemohon yang berminat untuk menjadi angkasawan pertama negara bersama calon angkasawan kedua negara yang turut terpilih, Kapten Dr Faiz Khaleed, yang insya-Allah akan meneruskan latihan sebagai angkasawan di Pusat Latihan Angkasawan Gagarin (GCTC), Star City. Kejayaan yang dicipta angkasawan ulung negara itu juga selari dengan usaha melahirkan towering personality atau personaliti unggul dan juga modal insan cemerlang seperti digagaskan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Usaha memperkembang dan memajukan bidang sains angkasa negara tidak harus terhenti selepas Dr Sheikh Muszaphar berjaya ke ISS. Misi ke angkasa perlu diteruskan dengan melahirkan lebih ramai angkasawan Malaysia. Kos yang tinggi juga tidak harus dijadikan halangan jika kita mahu hasil jangka panjang memberi manfaat kepada negara dan bangsa. Kita telah meletakkan Malaysia dalam kumpulan elit negara peneroka angkasa lepas. Rakyat Malaysia harus memberi sokongan padu dalam kita meneruskan kejayaan meneroka angkasa lepas. Kita mahu supaya kejayaan angkasawan pertama negara itu menjadi contoh dan perintis kepada kejayaan lebih besar ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di persada dunia.ZAKAT DAN ORANG YANG BERHAK MENERIMANYA - 2
korang ada baca dak aku punya post yang lepas pasal tajuk ni la...ha ni lah sambungannya..bukan ape aku wat sambungan ni kerana aku dapat info terkini mengenainya..ada la tempias sedikit die punya cerita..sekarang ni sibuk kat berita la apa la pasal penyiasatan BPR(badan pencegah rasuah) mengenai penyelewengan duit kerajaan dimana menyebabkan kerugian pada kerajaan diatas dana yang tidak pernah wujud ini..dimana yang terlibat mengenai penyiasatan BPR ini adalah JKM( jabatan kebajikan Masyarakat ), IKBN ( institut kemahiran belia negara ), dan banyak lagi la...
aku tertarik mengenai JKM ni, pasal apa, die melibatkan tentang aktiviti kebajikan terhadap masyarakat, terutama sekali dengan masyarakat miskin dan fakir dan juga berkaitan dengan anak yatim ni.. aku dengan kes berkaitan dengan JKM ni aje melibatkan 10 orang yang telah mati terlibat,,...huhu..macamna tue..aku pun penin..banyak kewangan dan dan adiselewengkan oleh pihak tertentu, dan ini meyebabkan insan yang sepatutnya menerima tidak menerima peruntukan itu... kenapa sekarang nak siasat benda yang besar ini...ooo kemungkinan banyak pekara lain yang perlu di buat kan. cube korang sume perhatikan dengan zakat yang di keluarkan saban tahun...banyak kan, rasanya sampai tak terkira banyaknya... aku bukan apa, aku teringin nak tengok juga manusia yang tidak tidak berupaya dan kemampuan ni bahagia macam kite.. nasib lah, ada jalan lagi kan...nasib juga sempat BPR membuka fail dan membuka pekung yang dah lama lapuk kan... apa pendapat korang mengenai isue ni...Saturday, October 20, 2007
HARI RAYA YANG TAK SEMPURNA
Subscribe to:
Posts (Atom)